8 Sebab Kenapa Aku Tidak Mahu Beli Astro Byond PVR

75ED6T7BZ3XA

  1. Astro Byond PVR hanya support local storage dengan charge RM10 sebulan atau Western Digital My Passport AV320GB external hard disk. Tetapi aku hanya ada Seagate tanpa Passport 60GB External Hard Disk
  2. Astro Byond PVR boleh play dekat Astro Byond PVR kita sahaja dan tidak boleh play dekat Astro Byond PVR  orang lain. Jadi aku tidak boleh tengok dekat Astro rumah mak aku.
  3. Kad Astro Byond PVR hanya support di Astro Byond PVR kita sendiri sahaja. Jadi aku tidak boleh tengok channel yang aku langgan di TV orang lain yang tidak langgan channel yang aku langgan
  4. Astro sentiasa ulang balik tayangan mereka, jadi aku tidak perlu risau jika terlepas. Aku tunggu sahaja ulangan. Jika hendak ke tandas, apa susah tunggu iklan.
  5. Astro Byond PVR rakam sekali dengan iklan jadi mengganggu mood menonton sebab kena foward pula bila iklan.
  6. Astro Byond PVR hanya boleh record satu cerita dalam satu masa tetapi aku boleh download banyak cerita dalam satu masa.
  7. Astro Byond PVR boleh play di tv itu sahaja. Baik aku download di internet, boleh play di TV,  komputer mahupun player di kereta aku.
  8. Yang paling penting Astro Byond PVR support HD, tetapi TV tidak support HD. Sebab itu aku tidak mahu pakai. keh3..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “8 Sebab Kenapa Aku Tidak Mahu Beli Astro Byond PVR

Leave a Reply