
Sempena Konsert Gemuruh DT 2010 pada 25 Disember ini, Syarikat Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Nhd. (RapidKL) akan melanjukan perkhidmtan sehingga 12.15 tengah malam bagi laluan bas dan LRT yang terpilih.
Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Ebi Azli Abdullah bekata, selaku rakan penaja, perkhidmatan bas pengantara akan disediakan dari Sunway Lagoon ke Stesen LRT Kelana Jaya.
“Pengguna hanya perlu menunjukkan keratan tiket konsert bagi membolehkan mereka menaiki bas pengantara itu secara percuma,” katanya.
Antara laluan bas yang akan dilanjutkan masa perkhidmatan termasuklah U62 (Klang ke Sunway Pyramid); U63 (Subang Mewah ke Pasar Seni); U67 (Subang Mewah ke Pasar Seni) dan U76 (Subang Parade ke KL Sentral).
Petikan Akhbar Berita Harian
Untuk maklumat lanjut dan pembelian ticket sila layari : http://music2.digi.com.my/public/promo/gemuruh/default.aspx






alaaa…nak tgk jgak!!!!