Assalamualaikum dan selamat pagi. Gila lama aku tidak update blog. Bukan tiada cerita hendak ditulis. Banyak cerita dan event aku join sepanjang aku tidak update blog tapi disebabkan ada masalah dalaman jadi tiada mood untuk update.
Baiklah pada Jumaat lalu bersamaan 17 Disember 2010 aku pergi melepak dengan blogger-blogger. Event ni bukan official mana. Tiada penaja rasmi mahupun tentatif program. Main serbu jer. Sapa hendak datang, datang jer. Tempatnya ialah Wangsa Walk. Sebab apa pilih tempat ini? Entoh la, mungkin kurang sesak dan boleh di katakan center jugak la. Tapi, aku jer jauh sikit.
Aku sampai awal sebab kali ini aku ikut NKVE. Sebab dah tahu, kalau ikut Faderal diorang dah habis bowling aku tak sampai². Sampai² jer lepak dengan Chearmster, AusMelankolik, Ery, Tia dekat NZ Curry House. Pekena roti canai dan capati. Hujan der, paham² la perut kecut time hujan macam ni.
Lepas aku kenyang makan dan ery kenyang kena buli, geraklah kami ke vanue pertandingan. Hujan makin melebatkan diri. Time ni la, Norfa hendak tunjuk payung strawberry dia yang baru di beli di Cameron Highlands.
Masa mula pertandingan seorang kami tidak kenali join sekali. Kalau orang tidak percaya, usha ni.
Perlawanan pon bermula. Kami main 2 game. Masa tengah main ni dari lapan orang menjadi seramai ini :
Time ini juga blogger yang single dan bujang di pertemukan jodoh.
Ok, abis part bowling. Memandang malam masih muda dan yang baru datang rasa tidak puas. Maka aktiviti disambung dengan karok. Percaya atau tidak semua list di atas disumbat dalam satu bilik karok bersaiz sederhana? Tidak percaya? Tengok gambar ni sendiri.
Apa pon thankz pada sponser karok iaitu Chearmster dan sape bayar bowling ni wei? Dari malam tu aku dok cari nak bayar lik.
Untuk gambar lagi sila ke Geleri Gambar AP.






best dapat lepak dan karok sekali sekala..semuga pasangan yang kita gossipkan tu jadilah gamaknya
amin… :)
hahaha! ko kelaparan gyler kan ? mcm2 ko sental kt nz tuh!
seronok gylerrr dpt join korang! ;)
eh mn ade.aku pekena roti canai sekeping. aku tgk meja tu penuh dah korang mkn.
Ha,len kali join la lg :D
korang balik kul bape masa tu??
dalam 2.30 klu x silap aku la…
Beshnya…. aku tak kesempatan nak join gathering nie…… ruginya….
ha,diorg bt gath ahad ni kat TS. Join ler
wuit. semua tak byr bowling malam tu. hahahaha
abis x kn org tmpt bowling tu bg main free dah sorg pon x byr??
seronok betul jumpa ramai2 kan
memang seronok. Melz bt gath ahad ni kat TS. join la, lg meriah