Sebelum ini nombor 012/017 untuk Maxis, 013/019 untuk Celcom, 018 untuk U-Mobile dan 016 untuk Digi tetapi selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan ‘Mobile Number Portability’ atau MNP, tiga nombor awalan tidak dikhaskan untuk satu-satu telco semata-mata. Pada yang tidak pernah dengar atau terlupa tentang program MNP — Dengan MNP pengguna tidak perlu menukar nombor telefon bimbit untuk menukar telco. Jadi semenjak itu .
MNP tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan pengguna telefon bimbit. Oleh itu mulai 15 Disember 2010, semua nombor telefon bimbit yang baru kini sebelas nombor dengan awalan ‘011’ yang mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru.

Format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan ‘011’, sebagai contoh 011 1234 5678. Kata Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali.
Baru aku tahu wujudnya Jabatan Perancangan Nombor. Selalu dengar Jabatan Perancangan Bandar. Jabatan Perancangan Nombor salah sebuah jabatan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tugas mereka meramal nombor ekor yang akan naik. Tugas sebenar mereka tidak pula aku tahu. Sebab aku cuba cari di Google tiada pula maklumat tentang bidang tugas jabatan ini. Adakah nombor plate juga mereka rancang?
P/S : No pekerja aku yang enam angka pon susah hendak ingat, apatah lagi nombor 11 angka.






fuh,makin susahla nak mengingat nombornya..mau selalu tersilap nombor…hik3…
jgn panggilan hangit tersilap no.takut kena maki lik.haha..
makin bnyk la pengguna telefon kat Malaysia ni, lama2 pupus la kegunaan surat2 dan poskad2 :P
Terkini : Katak makan tikus
itu la,skrg dah makin kurang penggunaan surat.bil pon usha kat internet pon boleh.
yuppp bro, den pon bayar bil on9 je, heheh
Terkini : Pemandu Bas Dirotan
Tu la pasal… kalau nombor henpon oversea tue lagi la banyak nombor diorang….. huhuhu….
itu la. nasib baik no ekor x bertambah no.mungkin no plat pulak akan tmbh no kot
no baru je kan…mcm leceh plak nk ingat no pnjg2 nie :P
ha’a. no baru jer. tp sy mmg x igt no org. no tel awek sendiri pon x igt.haha..
Makin mencabar untuk ingat ini.. Aku suka… :)
haha..x dernya org nk igt no telefon skrg.itu klu hp hilang semua x tentu arah bila x backup
tapi nombor sedia ada stay je lah kan?? mak aih super banyak plak nombor…
ha’a, no lama duduk diam2.hihi..
jawatankuasa perancang rumah tangga xde ke