Curi Template Blog Orang Dengan Google Chrome

Anda berminat dengan template blog orang lain yang anda lihat atau ingin tahu macam mana mereka buat effect² menggunakan javascript? Aku baru perasan yang pelayar laman web keluaran Google ini yang diberi nama Chrome mempunyai kelebihan walaupon pelayar tersebut nampak simple sahaja. Pada yang sudah perasan lama sila diam, sebab aku jarang pakai Google Chrome ni.hihi..

Google Chrome Developer Tools Pane

Google Chrome mempunyai fungsi untuk melihat coding sesebuah web site. Ya, pelayar lain juga mempunyai fungsi tersebut tetapi yang membezakannya ialah Google Chrome memaparkan semua coding² yang terlibat mengikut nama document seperti fail css dan javascript. Pada yang suka mencuba sendiri coding atau programmer seperti aku, fungsi seperti ini adalah amat berguna untuk mempelajari dengan melihat terus hasil dari coding tersebut.

Advertisement
Melihat CSS file dengan Google Chrome
Melihat Loading Time dengan Google Chrome

Bagi yang merasakan blog mereka terasa berat atau bandwidth hosting cepat habis, dengan Google Chrome ini juga anda boleh melihat apa menyebabkan blog anda lambat loading dengan melihat ‘Time Graph’ dan bagi yang berhosting sendiri anda boleh melihat fail apa yang memakan bandwidth terlalu banyak. Bagaimana untuk memaparkan semua maklumat ini dengan Google Chrome? Anda cuma perlu right click tetikus anda dan memilih menu ‘Inspect Element’. Bagi blog yang telah disable right click, anda cuma perlu menekan di papan kekekunci anda Ctrl+Shift+J (Jadi jangan mengada hendak buat disable right click). Akhir kata selamat mencuba dan mengexplore.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

29 thoughts on “Curi Template Blog Orang Dengan Google Chrome

  1. @klcitizen: wah jrg dgr org guna safari kecuali penggun MAC. Dulu pernah pakai safari tapi betukar ke mozilla sbb byk web x support.lg pon keje programmer kena bt web ikut yg ramai pakai :cheerful:

  2. hehe. dah tau, tapi aku tgk source code je.
    search for “template” atau “name”, pastu dah dapat tu, g google :)

    Tapi kelebihan inspect element ni, blh tgk coding untuk setiap element. hehe

Leave a Reply