Assalamualaikum dan selamat tengah hari. huhu..sudah 5 hari aku menghilang untuk pergi bertapa mencari ilmu.haha.. Aku pergi pulang ke kampung halaman, tahun ini puasa tidak pernah berbuka puasa di kampung sempena cuti Nuzul Al-Quran, Merdeka dan cuti tanpa rekod yang belum digunakan itu maka lengkaplah 5 hari aku bercuti.
Aku bertolak pada Jumaat pagi iaitu seawal 2.00 pagi. Sebelum bertolak pekena dulu Red Bull satu tin then mulalah perjalanan. Aku sangkakan jalan lengang time tu tapi jalan meriah juga. Tapi tidak semeriah waktu siang-siang. Sampai sahaja pekan kapar tiba-tiba rasa ngantuk. Padahal kapar dalam 30 minit perjalanan. Ade 2 jam 30 min perjalan lagi, hoh macam mana aku hendak harunginya. Mulalah cari 7Eleven sebab kalau stesen minyak kalau bukak cuma pam jer, kedai tutup.

Ha jumpa juga 7e. Keluar dengan seluar pendek yang aku pakai tidur dengan berbaju lusuh memang gerun awek 7e tu usha. haha..aku bangun tidur terus gerak. Muka memang sememeh la. Teruskan perjalanan lagi then ada pulak roadblock. Tapi ada kon-kon sahaja, yang polisnya duduk melepak sembang tepi jalan. Sampai kampung aku dalam pukul 5 pagi. Terus pergi meja makan mencekik nasi beriani untuk bersahur.

Cuti di kampung apa aku buat? Lepas subuh tido sampai tengah hari. Lepas itu tengok tv. Petang jelajah mencari makanan di bazar. Itulah rutin aku setiap hari. Ada juga tolong pasang langsir, pasang lampu kelip-kelip then baru hendak tolong pasang pelita tapi mak aku kata awal sangat. Pagi merdeka aku bertolak balik. Bawak memang ikut speed yang ditetapkan sebab tahu dekat raya ni polis hendak cari duit. Sambil bawak perlahan jalan-jalan cari kerepek. RM 20 ringgit jer abis borong kerepek. Mana la tau balik malam raya nanti diorang lelong, baru leh borong habis.






ala..ko tak ada 10 hari pun tak ada org nak windu…muahahahaha
eh..kerepek kak sumi mana???hehehe
salam
seronoknya boleh buka di rumah
sy pun tak sabar nak balik jpe mak :)
owh x rindu yer.sape yg sll call sy time sy cuti? haha..
hahaha
patot le takde lame
ngeh3
lama gila balik kampung.. gila jelous I dkt sini.. I tunggu raya nnt laa baru balik..sob sob..