Tandas Duduk @ Tandas Cangkung

Pagi semua! Mulakan pagi khamis dengan wajah yang ceria dan hati yang tenang. Hari ini dapat berita dari Project Alpha. Aku pemenang Ruumz Daily Contest untuk day yang ke 23 dan 28. Dapat apa yer. Takkan batal bucuk lagi. Penuh la kereta aku dengan bantal bucuk lak. Lepas ni kalau pergi mana-mana tido dalam kereta, jimat duit tak payah sewa hotel.

Tandas jenis duduk atau cangkung, mana satu pilihan anda? Hahaha..apa punya topic la aku hendak cerita ni. Kalau aku pilih tandas jenis cangkung. Korang tahu tak, mat saleh terkejut wo coz budak kecik kat Malaysia ni boleh mengcangkung. Korang tau, kat luar negara anak-anak mat saleh mana reti mengcangkung sebab nanti jatuh terlentang.haha..

Tapi sekarang tandas banyak dah jenis duduk. Aku dekat rumah tandas jenis duduk, tapi bila pergi tandas awam memang aku tidak suka tandas jenis duduk. Aku sanggup tahan dan tunggu depan tandas sampai orang habis lepas hajat janji aku dapat tandas jenis dudukcangkung. Kalau betul-betul tidak tahan seperti telur di hujung tanduk atau hingga hujung nyawa memang aku akan masuk jer tandas jenis duduk. Tapi sebelum itu aku jadi cleaner jap kasi sental bersih-bersih dulu.

Kenapa aku tidak suka tandas jenis duduk. Sebab aku rasa geli giler. Korang bayangkan, pelbagai jenis peha dan punggung duduk atas tu. Segala macam color punggung yang pernah melepap kat situ. Lepas tu, segala macam peta yang ada kat punggung dan peha dia. Lepas tu korang bayangkan yang memancut dan meleleh kat penutup tu. wek! aku rasa nak muntah. Hilang feel nak lepas hajat. Jadi aku harap, jangan hapuskan tandas cangkung.Hidup tandas cangkung! haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

24 thoughts on “Tandas Duduk @ Tandas Cangkung

  1. aku kat Australia dah biasa dah dgn tandas duduk ni. dulu waktu baru2, aku geli gile. tp kt sini mmg xde tandas cangkung, nak tak nak kena guna tandas duduk la. aku kalo tandas duduk tu bersih aku guna la. kalo kotor mmg xkan la. aku prefer tandas rumah la. jrg guna kt uni sbb xde air. guna tisu je. kt rumah pun aku akan lap dulu tempat duduk dgn tisu bersih2, baru guna. mmg mcabar gak la.

  2. prefer tandas cangkung.. selesa. heheh
    tp if nk gune jugak tndas duduk, kt umah or tmpt2 yg memang terjamin kebersihan nye aje.. hha kalu tak. duk cangkung gk atas tandas tu.. ;p

    tp bile dah pregnant xleh la tandas cangkung lagi dah.. ehhehe

  3. betul2 mat saleh mmg tataw guna tandas cangkung hehe. i boleh je mana2. tp kalau hajat besar, i tk suka ah tandas duduk. hahaha :P

  4. mana2 boleh tapi preferable tandas cangkung. tandas duduk if oversea bersih, yakin sikit nak duduk tu, tapi jangan harap la nak duduk kat M’sia punya

  5. “Aku sanggup tahan dan tunggu depan tandas sampai orang habis lepas hajat janji aku dapat tandas jenis duduk.”

    sila betulkan ayat anda..sekian terima kasih!

  6. kau kan nak cerita kau suke tandas cangkung kalau kat public toilet…

    dahnye kau tulis sanggup tahan depan toilet asal dapat tandas duduk..motip?? bukan kau nak cakap tandas cangkung ke..kalau aku tak salah lah niat kau mcm tu.

  7. setuju..tandas kat rumah yakin sikit. kalo kat luar tu. rasa cam geli aje..haa lagi 1..tak suka tandas yg takde paip pastu guna yang pancut2 dari lubang tandas tu…ape benda la..dah nama malaysia..buat je cam malaysia nye tandas. takya nk tiru2 mcm kat luar negara..kan3…

Leave a Reply