Review : Karate Kid

Mengisahkan seorang budak berusia 12 tahun bernama Dre Parker (Jaden Smith) yang tinggal bersama ibunya Sherry (Taraji Henson). Mereka terpaksa berpindah ke China kerana ibunya di transfer disana. Sampai sahaja disana Dre yang berlagak cute telah mengorat Mei Ying (Wenwen Han). Tapi seorang kaki buli bernama Cheng (Zhenwei Wang) cemburu dengan dre dan mei.

Semenjak itu Dre dibuli oleh Cheng dan rakan-rakan sehingga Dre berasa takut bila untuk bersemuka dengan dia. Pada satu hari Dre ingin membalas dendam terhadap Dre dan rakan-rakan dengan memcurah air ke daun keladi arah mereka. Teruk Dre dibelasah oleh mereka. Nasib baik Mr. Han (Jackie Chan) datang menolong.

Dre membawa Mr. Han ke tempat Cheng berlatih kungfu. Jurulatih Cheng memang tahap kejam. Dia mengajar anak murid dia kalau berlawan, jangan ade sifat belas kasihan. Jurulatih mencabar Mr. Han dan Dre untuk bertarung namun Mr. Han mencabar jurulatih dia untun bertarung dalam Kung Fu tournament. Ketika Kung Fu tournament tersebut…

Ha, korang pergi tengok sendiri cerita ini. Lagi sekali movie tidak rugi untuk tonton. Cerita lengkap dengan aksi berlawan. Walaupon budak-budak tapi cara berlawan memang terbaik. Cerita ini diselitkan juga komedi dan romantik. Mahu tengok budak 12 tahun bercium, korang tengok cerita ini.hehe.. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Apa lagi, kasi serbu panggung wayang.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

17 thoughts on “Review : Karate Kid

  1. salam, mmg nak sgt tengok cerita ni..smlm baru taw si kecil comel tu anak will smith.. mmg berbakat mcm ayah dia.. :D

    dia pon boleh menyanyi rupa-rupanya.. rappers lg.. huk..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.