Bercuti di Kampung Halaman

Assalamualaikum. Selamat pagi semua, selepas bercuti rasa malas pula hendak memulakan kerja. Hari ni aku datang kerja awal untuk mengelakkan jam. Ye la, sekolah telah memulakan sesi persekolahan semula. Lagi satu sebab aku datang awal sebab segan hendak bawak bertan-tan ikan bilis naik atas jadi kalau datang time gelap-gelap ini orang tidak nampak apa yang aku kendong.

Rasa tidak puas bercuti selama dua hari ni. Aku rasa macam mahu ambil cuti seminggu. Sabtu pergi kenduri kahwin di Langkap, Perak. Sejam setengah perjalanan dari kampung aku. Pengantin perempuan tersebut merupakan kawan tempat kerja masa aku praktikal di MPM dahulu dan pasangan dia juga satu pejabat tapi department lain. Memang cukup meriah. Majlis perkahwinan mana yang tidak meriahkan. Tapi aku tidak sempat ambil gambar pelamin dan pengantin. Yang aku sempat ambil gambar meja makan pengantin. Pengantin perempuan ada la aku jumpa tapi setakat lambai tangan sahaja. Siap pakai crown lagi tu.hik3.. Cadang lepas pergi kenduri ini, aku hendak pergi ke majlis perkahwinan officemate aku Fadhil dan Zu tapi, aku lupa bawak map.huhu..Maaf yer korang, bukan sengaja. Tapi belah rumah perempuan aku pergikan? kira ok ler tu. :)

Lepas makan, huha-huha kejap dengan member-member yang aku kenal. Tidak aku sangka akan jumpa Zurlina di majlis tersebut. Zurlina ialah classmate aku masa aku belajar di Arau, Perlis dulu. Aku tahu dia tinggal di situ tapi tak sangka lak dapat jumpa. Dia siap cakap, rajin yer datang jauh-jauh. Ye la, kalau kawan jemput insyallah aku datang. Kalau dia kahwin pon insyallah aku akan datang. Sampai rumah terus terlelap kejap sebab kenyang campur keletihan. Dalam pukul 5 petang keluar pergi beli ikan bilis yang telah di order oleh rakan sepejabat. Hampir 200 ringgit aku beli.huhu..inilah order paling banyak aku terima.

Selepas membeli dan belah dari situ mak aku ajak jalan-jalan di Marina Island yang baru bukak. Orang kata tempat situ cantik. Terletak 10 minit dari pekan Lumut dan perhampiran dengan pantai perkelahan Teluk Batik, tempatnya memang cantik. Terdapat satu lokasi yang terdapat disitu yang dijadikan tempat pengantin mengambil gambar. Aku singgah kejap sahaja, yela bawak orang tua aku yang memang tidak suka duduk lama-lama tambah-tambah panas time tu. Kalau la aku bawak sayang aku kesini, mau aku lepak sampai matahari terbenam. :)

Sabtu pagi sudah gerak balik bagi mengelakkan jam sebab aku jangkakan akan jam teruk disebabkan cuti sekolah sudah habis jadi berpusu-pusulah orang hendak balik. Dalam perjalanan balik sempat gak snap gambar sawah area seberang perak. Alhamdulillah, aku selamat sampai Klang dalam pukul 12.30 tengah hari. Itulah coretan percutian aku di kampung halaman.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Bercuti di Kampung Halaman

Leave a Reply