Entri Santai Selepas Berjuang Piala Thomas

Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni nak buat entry santai sebab semalam letih berjuang untuk piala thomas. Mengalahkan orang main letihnya. Ye la, jantung berdegup kencang. Mengalahkan joging 3 round padang bola.  Jadi untuk merehatkan otak buat entri yang santai dan tidak memerlukan untuk berfikir. Sambil tangan menaip, mulut mengunyah sandwich yang dibuat sendiri. Bujang katakan.

Tengah hari tadi belanja member aku makan kat mcD sebab aku janji nak belanja dia. Ajak KancilBiru, tak mau. Berlagak, katanya nak makan dengan orang korporat. Ye la, sape la aku ni juz kuli jer.hehe.. Lain kali la aku belanja ko yer. Kita makan keropok lekor kat bawah office tu yer. Orang kata kerepok lekor tu sedap, fresh dari terengganu. hehe.. Masa makan mcD tu, datang la akak mcD kasi kupon breakfast sorang satu. Tapi member aku tak nak, then bagi kat aku. Expired cepat sangat kupon tu, 20hb. Baru cadang nak simpan untuk sahur bulan pose nanti.

Berita yang paling menyedihkan aku, kedai Tomyam Kak Nor dah tutup. Patutla banyak aku kali pergi bertutup. Kelmarin aku pergi, dah siap pasang sign ‘For Rent’. Kenapa dia tutup pon aku tak tau. Nak kata tak laku, ramai orang datang.siap ade pelanggan tetap. Apa yang best kedai tu, makanan dia hidang dalam quantity banyak dan murah.Memang kenyang la makan kat kedai tu.Itu la sekarang makan sandwich jer.sob3..kecian tak.Alo tolong kecian sikit.

Hari ni, housemate baru masuk rumah. Kalau hendak tahu character housemate baru aku tu, baca kat sini. Masuk rumah, terkejut gak aku. Terkejut bukan dia berpakaian seksi cuma aku terkejut tengok barang dia. Memang banyak, rasanya dah macam barang² rumah berkeluarga. Ada mesin basuh, peti sejuk 2 pintu, almari kasut, almari ruang tamu, meja makan dan yang paling aku terkejut ade lampu stand. Ala selalu orang hias kat ruang tamu tu.Tapi bukan letak atas meja tu, yang jenis batang panjang tu.Ok la, mau layan Ip Man 2. Ari tu, tertinggal 15min sebab cik Norfa.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Entri Santai Selepas Berjuang Piala Thomas

  1. demm umpat aku! hehe….bukan la…aku tak makan dgn org korporat la..aku buat keja untuk org korporat, last2 pegi tapau makanan kat bawah..kihkihkih…rugi tak pat mcD..weh kepok lekor cafe tu tak sedap…tu tepong lekor ko tahu…baik xyah beli..
    .-= Post terakhir blog Kancilbiru : Apa benda ketul-ketul ni? =-.

Leave a Reply