Reviews : Ip Man 2

Ok aku nak review ip man 2 sedetails mungkin bagi kawan-kawan Nuffnang yang dapat ticket untuk malam ni merasai kehebatan kungfu Ip Man. Tengok gambar pon dah tau cerita ini menceritakan tentang seni mempertahankan diri orang cina,kungfu. Pada yang tidak berkesempatan menonton Ip Man yang pertama jangan risau korang tetap paham jalan cerita ini.

Advertisement

Ip man(Donnie Yen) seorang sifu bagi seni mempertahankan diri di HK yang ketika itu HK masih dijajah oleh inggeris.Ip Man ingin membuka pusat latihan untuk menampung isteri yang sarat mengandung dan sorang anak lelaki. Disana terdapat sifu Hung Jan Nam (Sammo Hung Kam-Bo) yang mengawal semua pusat latihan seni mempertahankan diri. Dia meletakkan syarat, jika ingin membuka kelas Ip Man perlu melawan sifu yang terdapat di HK. Jadi Ip Man menyahut cabaran itu.

Ip Man berjaya mengalahkan dua orang sifu dan sifu yang lain menjadi takut untuk berlawan dengan dia. Akhirnya sifu Hung Jan Nam menyahut cabaran dan melawan Ip Man. Tetapi seri. sifu Hung Jan Nam membenarkan Ip Man membuka kelas dengan membayar yuran pelindungan kepada dia. Tapi Ip Man enggan.Ip Man bersikap tenang walaupon macam sifu Hung Jan Nam dan orang2nya lakukan terhadap beliau

Musuh sebenar dalam cerita ini adalah orang inggeris. Pada satu hari mereka menjemput juara boxing, Twister (Darren Shahlavi) untuk mengadakan perlawanan. Tetapi Twister bersifat kurang ajar dengan memperendahkan seni mempertahan diri orang cina. sifu Hung Jan Nam tidak tidak puas hati dengan sikap kurang ajar Twister dan berlawan dengannya. Akhirnya sifu Hung Jan Nam mati di tangan Twister.

Pihak inggeris memohon maaf dengan kematian sifu Hung Jan Nam dan ingin membuat perlawanan dengan lebih adil. Twister mengutuk orang cina menggunakan colok sebagai penyukat masa. Ip Man membalas kutukan tersebut dan mengajak Twister berlawan. Siapa yang menang? Ha, korang tengok sendiri. Tak best la aku cerita. Tak best lak diorang yang tengok hari ni coz dah tau jalan cerita.

Bagi aku memang best la cerita ini. Memang penuh dengan aksi lawan jer sepanjang cerita. Rasa nak tumbuk2 muka Twister tu. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Jangan lupa serbu panggung wayang berdekatan anda. Memang berbaloi korang tengok cerita ini. Aksi diselitkan dengan lawak selamba.

4 thoughts on “Reviews : Ip Man 2

  1. penggiler wayang gk ker?

    Anak Perak : Dulu masa muda2 aktif gile. bila ade cite kuar jer g tengok. skrg dah brumur ni kurang ckt.huk3..

  2. melepas aku…malam tadi smpai rumah pun dah pukul 8 lebih…huhu

    Anak Perak : tu la, rugi tul. cik norfa gak untung. siap dpt pop corn n coke dua coz seat sblh kosong.hehe..

Leave a Reply