Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. Marah malam tadi tidak hilang-hilang lagi. Entri ini ditujukan untuk last car convoy dari Highway Mahameru menghala ke Jalan Ampang pada 10/10/10 dalam jam 8.30 malam.
Alkisahnya macam ini. Aku hendak menghala ke Keramat. Dalam perjalanan ke sana, di Highway Mahameru ada satu convoy polis escot sapa entah melalui jalan yang sama. Jalan tiga line jadi aku ambil line ke dua, ingat muat la kereta tu lalu. Tiba-tiba polis suruh aku ke tepi lagi, rupanya tidak muat sebab mereka bawak kereta “Kebal” dan aku ikut la arahan polis tersebut ke tepi lagi. Depan tu ada susur keluar kemana tah. Aku bukan biasa jalan-jalan KL ni, jadi aku berhenti tengah-tengah susur keluar sampai habis convoy tadi lalu.
![]() | ![]() |
Bila sudah sampai last car kereta polis, aku tunggu lama sedikit bagi ada gap antara aku dengan mereka sebab nanti mereka ingat aku hendak follow convoy mereka. Ambil jarak dalam 500 meter dari last car tadi. Speed aku bawa tidak sampai 80 km/j. Sampailah susur keluar jalan Ampang. Aku berilah isyarat ke kiri dan kebetulan juga convoy tadi melalui jalan itu juga.
Convoy tadi menjadi perlahan kerana melalui sebuah lampu isyarat dan dengan tiba-tiba kereta polis di hadapan aku membuka pintu di bahagian penumpang hadapan dan seorang polis trafik mengeluarkan sedikit badannya sambil menunjukkan jari telunjuk tanda amaran. Nasib baik aku tidak membalasnya dengan menunjukkan jari hantu tanda protes. Kebetulan juga aku hendak susur ke kiri lagi untuk ke Dato Keramat. Kalau aku terus lagi mahu polis tadi keluar dari kereta dan maki aku sebab dia ingat aku degil lagi hendak follow mereka.
Apa ke berlagaknya polis tu. Ingat aku kempunan hendak follow convoy mereka. Entah dewa mana mereka escot sampai jadi berlagak macam tu. Macam dia seorang bayar cukai jalan. Mereka hendak bangga sangat escot orang kenapa? Mereka tahukah yang pengguna jalan raya lain duduk maki mereka sebab jalan jem pasal mereka? Lain kali tutup jalan tu terus tak pun buat highway khas untuk orang kenamaan. Tiada la menyusahkan pengguna jalan raya lain yang sedia maklum membayar cukai jalan juga.







bwk angkasawan tu pi majlis dia kot. kah kah kah!
@atreyu strange: aku pon rasa mcm tu.tp pk lik mesti angkasawan nek roket g sana kn.wakaka..
xpe bro, be somebody, nnti dierorang escort ngko
@matjoe: be somebody pon x nk ler.nnt org dok maki kita.huhu..
org yg dieskot tu cukai jln pun disponsor rakyat, berlagak nk kena bg laluan segala bagai…dasar tak sedar diri btol…haha
@ejam: tau x per.moto n kete polis pon beli hasil cukai masih nk blagak lagi.entoh la manusia ni
huh…. nyampah gak pagi-pagi dorg mintak laluan anta banduan pegi mane ntah… auyoooooo…. sebab dorg la jln jadi sesak.. hampagas betol!
Anto banduan tu lain cerita. Mau tlepas x ke nanya. Haha..