Apa? Geng Blogger tidak boleh buka? Keluar suruh masuk username dan password? Ha, ramai mengeluh mengenai perkara ini. Tambah-tambah mereka yang bergantung sepenuhnya kepada Geng Blogger untuk mendapatkan traffic. Aku juga termasuk pada golongan itu. Tetapi aku tidak berasa resah sangat, mungkin aku masih baru berjinak dengan Geng Blogger. Banyak khabar-khabar angin menyatakan portal tersebut kena attack. Betulkah?
Itu aku tidak dapat pastikan tetapi sebelum ini Kong aka Admin untuk Geng Blogger pernah bukak treat di forum bahawa Geng Blogger pernah kena attack dengan SQL injection. Selepas itu mungkin Geng Blogger kena serangan bertubi-tubi sehingga ditutup sementara atau selamanya. Selamanya? Biar betul?
Insyallah kalau Geng Blogger menambahbaikan dari segi coding dan security portal dia perkara ini tidak akan berulang. Hendak betul coding dan security bukan senang. Seolah-olah macam kena buat portal baru jika security yang ada memang terbukti gagal.
Apapun itu hanya khabar-khabar angin. Mana tahu Geng Blogger tengah dalam proses menukar tapak hosting atau menggunakan dedicated server. Mungkin juga Geng Blogger dalam proses mereka bentuk. Apapun kita tunggu sahaja, kapada Nuffnangers anda boleh menggunakan Innit sebagai alternatif.






Same problem with me here :(
ei dah dua hari :(
wait n see shaja
cuba try ari ni.terus server not found.mcm dah tutup jer
Cuba ping kat Facebook