Semalam aku baru dapat tau dari rakan seperjabat aku bahawa hubungan staff dan student kena ade batasnya. Ada perkeliling menyatakan soal ini. Tapi aku malas nak mencarinya. Dari apa yang diberitahu kawan aku, staff tidak boleh mempunyai apa-apa hubungan dengan student dan jika didapati berlaku demikian, staff tersebut boleh dikenakan tatatertib.
Owh ye ker? Aku terdiam jap masa dia cerita. Abis kalau aku dok selalu angkut student padahal aku mana ade affair dengan diorg? Dia nasihatkan supaya berhati-hati ler, jangan sampai pihak atasan tau. Hoho..cuak gak aku. Ye la, aku tak sah jawatan lagi. Tapi macam mana yer, kawan aku ramai student kat sini. Erm..x per la, luar office hour leh kot. Patut la, aku tengok ramai staff laki x layan student.
Arahan ini dibuat sebab takut berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seperti contoh, Korang seorang staff dan awek/pakwe korg 2 student then dia mintak tolong korang tukar result final exam. Kalau x tolong dia mintak clash. Ape korang nak buat? Kalau aku buat dek jer. Nantak ko ler.Sape suruh malas belajar.haha..
Jadi pada student girl, jangan marah kalau sume staff laki yang muda n hansem jual mahal dengan korang. Itu cuma lakonan di waktu pejabat. Korang tunggu la bila luar office hour, sume nampak belang kat idung.hehe..







etika kerja profesional ni bro…orang kata apa, personal dan kerja jangan dicampur adukkan…
tapi hati perasaan, tak siapa dapat menduga…chewahhh nak falsafah jugak tu…hahaha
X per,aku sentiasa b profesional. soal rumah tangga jgn bwk pejabat.hehe..