Kemalasan Melanda

Dah lama aku x update blog ni. Padahal seminggu aku cuti bukan buat ape pon cuma aku malas jer. Aku start cuti dari awal muharram ari 2. Sabtu aku pegi ke Penang join event MyviX sana. Diorg ade event kat pesta penang. Jadi drive ler aku ke sana. Siap dapat park dlm tapak pesta lagi.Dasyat 2..hehe..

Kat sana agak mbosankan. Nak layan fun fair ramai sgt orang. Permainan ok ler mcm permainan kat genting cuma klu kat genting beratur lama2 x kisah coz sejuk. Kat cnie, pergh punya ler panas. Kat sana jumpa ler ex gf aku dgn ex future mother in law.hehe..Join diorg makan sekali. Lepak sana sampai kul 12 mlm pas2 gerak lik perak terus. Adik aku dah lena aku ler drive sowg2..sampai perak dalam kul 2. Dalam sejam stgh jer aku drive, bwk phm2 ler cam ner.

Esoknya dalam kul 8 gerak ke Klang coz nak anto peti sejuk ke rumah aku kat sana.Mata ngantuk ni, nak bawak laju x leh coz aku bwk van Vanatte. Klu mpv boleh ler pecut. Lama gak nak sampai klang. dkt tgh ari baru sampai.huhu..Sampai letak barang then bwk family aku makan kat sek 16.

Cadang lepas 2 nak bwk g jln2 tempat len, tp van 2 x leh kunci lak.Tuan van 2 kata x per, x der sape nak curi.Kat sitiawan leh ler buat mcm 2. kat cnie moto buruk pon owg nak curi.last2 balik terus ke perak. isnin dan selasa duk rumah repair komputer owg. dekat 4 biji owg anto suruh repair.Rabu aku gerak ke batu gajah coz mak aku nak uruskan hal tanah opah aku tp aku g ipoh cari barang komputer.

Dah lama aku cari akhirnya jumpa jugak Kaspersky for Mobile. Aku nak install kat hp aku ni. Paham2 jer la hb leh connect wireless, virus kompem senang singgah. Aku malas nak pakai yang cetak rompak coz hp sblm ni aku pnh pakai jenis cetak rompak, last installer 2 bknnya anti virus tp virus.Klu komp reti ler aku repair, klu hp duit ler jawabnya.Daripada aku kena format hp RM50 baik aku beli anti virus same rege dgn format.

Ahad malam aku lik klang. Jem x teruk sgt ler dan pagi ini aku mula keje seperti biasa tetapi bos aku x der lak.Dia lak cuti seminggu.Jadi melepak ler aku.huhu..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.