SUPERDAD VS SUPERMOM!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anak kecil makin hari makin membesar, makin macam-macam ragamnya dan makin macam-macam lah sakit pening yang dialami dek MAMA PAPA. Tapi rasanya, MAMA lagi pening dari PAPA kalau bab anak kecil ni. Kenapa?

Advertisement

 

Situasi 1

Buat anak sama-sama. Tapi yang tanggung jerih payah sakit mengandung, bersalin dan berpantang, MAMA je. Alih-alih anak bin / binti kan PAPA nya. Hoh?!

 

Situasi 2

Afiq Hazim masa umur 2 bulan - Julai 2013
Afiq Hazim masa umur 2 bulan – Julai 2013

Sebuah keluarga bahagia sedang menghabiskan masa berharga bersama-sama. PAPA timang-timang, dukung dan usik mengusik sambil gelak ketawa bersama anak kecil. Orang yang memandang berkata “bagusnya bapak dia nak layan anak dia main. Anak jatuh, nangis, pujuk, peluk, tiup kaki anak dia sakit. Siap babap lagi lantai tempat anak jatuh…”

Realiti 24/7… MAMA tengah sibuk buat kerja rumah. Tiba-tiba datang si anak ajak main. Rupa-rupanya, PAPA tengah layan gadget, siap response kat anak “Nanti jap eh..” tak pun “gi lah main mainan tu….. PAPA sibuk ni…”. Anak pun carilah perhatian dari orang lain iaitu MAMA! Sibuk sibuk pun layan jugak.

 

Situasi 3

MAMA & PAPA juga anak-anak dah bersiap cantik-cantik nak keluar jenjalan. Tiba-tiba PAPA tanya “MAMA dah siap ke? Anak dah nangis dalam kereta tu tak sabar nak keluar jalan…” MAMA hanya boleh reply “OK siap!”

Realiti 24/7… MAMA berkejar dengan anak sebab anak lari-lari bila ajak mandi. MAMA mandi peluh lepas siapkan anak wangi-wangi. Pastu siapkan bekalan pampers / susu dan lain-lain keperluan anak. MAMA kena sejukkan badan sebelum mandi. Kalau tak berpeluh lepas mandi nanti tak selesa. PAPA? Duduk goyang tangan main handphone duduk depan TV. Yang dia tahu ‘dah boleh gerak keluar ke belum?’

 

Situasi 4

Hari itu, anak sakit. PAPA kena Emergency Leave (EL). Officemate kagum dan berkata “bagusnya bapak dia jaga anak kecik yang sakit. dahla budak kecik ragamnya bukan main kalau sakit. Jarang hoi bapak nak amik cuti sebab anak sakit…”

Realiti 24/7… Katakan lah kekerapan anak sakit 10 kali. 9/10 MAMA yang EL, bakinya barulah PAPA. Itu pun sebab cuti tahunan MAMA hampir habis! Ish ish ish.

 

Situasi 5

Kalau ada orang tanya “Siapa yang jaga anak meragam tengah malam?” Jawapannya mestilah “MAMA dan PAPA bangun, gilir-gilir pujuk/jaga anak.”

Realiti 24/7… Dah tentu MAMA adalah orang pertama yang meloncat bangun dari katil then terpacak sebelah baby cot bila dengar anak merengek. Kadang-kadang, anak dah menangis terjerit macam kena dera baru PAPA terpisat-pisat bangun gosok mata then tanya “Kenapa anak tu nangis?”. MAMA yang kesian kat PAPA esok kena bangun awal pergi kerja pun cakap “tak ada apa… PAPA tidurlah, esok nak kena bangun awal. mengantuk lak kat ofis nanti…” Pantang di’offer‘ PAPA tak fikir apa, sambung lena. Penyudahnya, MAMA yang EL sebab mengantuk tak dapat tidur malam tadi. Macam mana cuti tahunan tak cepat habis? Kah kah kah.

 

Situasi 6

PAPA tengah main susun blok tinggi-tinggi dengan anak. Dalam masa 1 saat, anak tepis, bersepah jatuh susunan blok tu. Reaksi PAPA? “Alaaa… penatlah papa susun tinggi-tinggi…” siap buat muka frust!

Realiti 24/7… tak habis dialog PAPA tu “… Malaslah buat lagi!”. Bila MAMA yang layan anak susun blok tinggi-tinggi, sekali kena tepis, reaksi MAMA “Alaaa… jatuh daaahhh..” Siap buat muka kecewa tapi gelak-gelak lepas tu ajak anak susun blok tinggi-tinggi lagi. Dengan harapan anak yang baru nak belajar bercakap ni faham penggunaan perkataan / ayat atau tatabahasa juga riak muka terhadap sesuatu perkara. Main sambil belajar orang kata. He he.

 

Situasi 7

Balik kampung, ramai sanak saudara. Tiba-tiba anak berak dalam pampers. PAPA yang hidung sensitif, 1KM dapat bau lalu bertindak tanpa ragu-ragu “Anak berak ni… Meh sini PAPA basuh berak meh…”

Realiti 24/7… “Yaaannnggg! Anak berak ni….” PAPA menyeru sambil duduk di sofa dengan harapan MAMA yang tengah sibuk buat kerja rumah, berhenti seketika dan basuh berak anak. Haaaiiihhh laaa….

 

Situasi 8

PAPA MAMA kerja. So, kena cari pengasuh untuk anak. PAPA sambil duduk bersandar di sofa dan berkata “kalau boleh, PAPA nak pengasuh tu rumah bersih, pandai jaga budak kecik, penyayang, bla bla bla bla…” sehingga 2 muka surat panjangnya ciri-ciri pengasuh terbaik untuk anak kesayangan.

Realiti 24/7… MAMA yang sibuk ke hulu ke hilir buat survey, tanya jiran 1 taman, collect nombor handphone pengasuh yang ada seantero dunia dan sentiasa sibuk dengan handphone untuk set janji temu nak datang spot check rumah bakal pengasuh! Ceh!

 

Kita berdua jauh berbeza,
Langit dan bumi tapi serasi,
Ku cintai mu, kau cintai ku,
Itu saja yang perlu kau dan aku tahu…
Lirik lagu ‘Cinta Gila’ nyanyian Juliana Banos

Nasib baik suami jenis boleh diharap jaga makan pakai, bersihkan kencing berak dan uruskan lain-lain kebajikan anak. Lega rasa hati aku kalau tinggalkan anak dengan suami.

Hi hi. Usik mengusik, sakat-menyakat semata-mata. Mohon maaf jika terasa hati. Peace no war.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply