TweetDeck for Desktop

Di petang yang indah ini aku nak berkongsi dengan korang satu software bernama TweetDeck. Dengan nama pon korang tau kan ape fungsinya. Sebenarnya TweetDeck ni baru jer aku guna. Aku perasan software ni masa jawab survey kat Twitter Web. Dalam survey itu dia tanya paltform yang kita gunakan. Baru aku tau, mcm mana diorang boleh balas tweet seperti quiz dengan begitu pantas. Rupanya pakai software. Jakun jap. Terdapat pelbagai jenis software dalam senarai tu.Tapi aku berminat dengan TweetDeck

Advertisement

TweetDeck ni menggunakan real-time connection macam chat room tu. Software ini support Desktop, iPhone dan iPad. Ape yang best lagi? Column dia. Kita boleh tambah column untuk All Friend, untuk senarai yang kita tweet dan orang yang kita follow. Mention untuk orang yang reply or tweet untuk kita. Direct messange untuk lihat DM yang kita terima. Kita juga boleh connect dengan akaun Facebook.

Yang paling best bila ada orang tweet akan kuar box kecik kat screen dan kita boleh reply terus walaupun TweetDeck kita kita dah minimize or letak kat tray icon.Senang cite memang best la software ni bagi sesiapa yang rancak bertwitter tu

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “TweetDeck for Desktop

  1. benda ni macam boleh merosakkan OS bro…teruk dah komputer aku…

    Anak Perak : ye ker? Setakat ni aku mcm ok jer. Jadi rosak mcm mana yer? Teringin gak buat kajian sebab aku rasa benda ni bukan run under os dia mcm run under application adobe air.

Leave a Reply