PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1/2025 KE SRA INTEGRASI (SRAI)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selesai urusan Mama daftarkan anak bongsu, Akif untuk menduduki UKS SRAI untuk masuk Tahun 1 sesi 2025 nanti.

Ya. Untuk kemasukan ke SRAI, anak perlu menduduki Ujian Kelayakan Sekolah (UKS).

Jumlah murid di SRAI adalah terhad. Di SRAI yang Mama mohon, hanya ada 3 kelas sahaja bagi Tahun 1. Total maksima murid adalah 120 orang.

Tapi, setiap tahun, calon yang menduduki ujian hampir 400 orang.

Macam mana Mama tahu? Sebab Mama tanya staf di pejabat SRAI. He he.

Sebelum mendaftar untuk UKS SRAI, pemohon WAJIB buat pendaftaran untuk kemasukan ke Sekolah Kebangsaan (SK) dan sekolah agama negeri (SRA/KAFA/KAFAI etc).

Memandangkan kuota murid di SRAI adalah terhad, jadi sebagai langkah berjaga-jaga jika anak tidak berjaya mendapat tawaran ke SRAI, at least anak sudah didaftarkan untuk ke SK dan sekolah agama lain.

Tidaklah anak tu keciciran pelajaran.

Untuk SK adalah secara online.

Untuk sekolah agama negeri, boleh cuba hubungi atau rujuk pada pejabat sekolah berkenaan.

Lepas selesai pendaftaran di SK dan sekolah agama negeri, baru boleh proceed untuk pendaftaran SRAI di laman web JAIS.

Akhir sekali kena cetak dan hantar dokumen fizikal beserta dokumen sokongan (refer checklist) ke pejabat sekolah yang berkenaan.

Kad pendaftaran akan diberi sebagai pengesahan.

Kad pengesahan pendaftaran UKS SRAI

Ada yuran sebanyak RM 15 bagi tujuan ini. Boleh dibayar di kaunter pejabat SRAI ketika menghantar dokumen fizikal tadi.

Oh ya! Untuk makluman, SRAI ni kategori sekolah agama swasta di bawah kelolaan JAIS.

Jadi, dana untuk operasi sekolah memang di bawah tanggungan ibu bapa murid sepenuhnya. Sebab itu yuran SRAI mahal berbanding sekolah agama lain (SRA/KAFA/KAFAI).

Mama harap sangat Akif juga berjaya masuk ke SRAI yang sama macam 2 orang abang dia iaitu Afiq (Tahun 5) dan Arif (Tahun 4). Sebab?

  • Gabungan kurikulum KSSR dan KAFA.
  • Jadi, hanya ada SATU sesi persekolahan, SATU uniform sehari, SATU ‘jalan’ belajar subjek KSSR & KAFA di dalam SATU sekolah.
  • Transit sekolah agama-sekolah kebangsaan. Bila tengok rutin transit, renyah pula rasanya.
  • Guna pakai silibus dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, lepasan UPSR dari SRAI, boleh memohon untuk ‘masuk’ ke MRSM/SBP.

Alhamdulillah, setakat ni memang mudah urusan persekolahan Afiq & Arif selama bersekolah di SRAI. Para guru pun bagus.

Paling penting, ada abang-abang boleh tengok & jaga kan adik bila di sekolah yang sama.

Tambahan lagi, boleh naik van sekolah yang sama dengan abang-abang dia. Insya Allah.

Mama dah booking dengan acik van tu siap-siap. Ha ha!

So, Mama kena lebih gigih persiapkan Akif untuk perjuangan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) SRAI nanti. In sha Allah Mama akan track dan follow semula usaha yang pernah Mama buat untuk Afiq & Arif sebelum ini. Cuma mungkin kena buat beberapa perubahan sebab dengarnya penilaian untuk ujian kali ini dah berubah format.

Mama kongsikan antara pengalaman dan usaha yang Mama pernah buat untuk sediakan Afiq & Arif sebelum sit UKS SRAI :

UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN 1 DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) : BUKU DAN SOALAN LAZIM

KOLEKSI SOALAN UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) SRAI

PENGALAMAN PERTAMA KALI ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2019

PENGALAMAN KALI KE-2 ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2020

Semoga ada rezeki untuk Akif menuntut ilmu di SRAI pilihan. Amin…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.