TRANSCOURIER : PERKHIDMATAN COURIER OLEH BAS TRANSNASIONAL YANG BOLEH DIPERCAYAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam, awal pagi dah keluar menghantar suami ke stesen bas untuk ke suatu tempat atas urusan peribadi. Jangkaan tiba di destinasi adalah lebih kurang 2 jam 30 minit. Alhamdulillah, beliau selamat sampai.

Tak lama selepas itu, dapat panggilan kecemasan dari suami.. Aku dengan yakin sambil tersenyum menjawab panggilan telefon berkata “Haaaa… tertinggal barang lah tu…”. Suami dengan nada gelisah menjawab “itu tak ada masalah. Masalahnya sekarang… KUNCI RUMAH ADA KAT B ni…”

Denggg!

Cepat-cepat aku selongkar handbag, cari kunci spare.

Denggg! lagi sekali. Baru semalam, aku kemas handbag, letak kunci spare dalam almari kunci. Adohai!

Tak kan suami nak patah balik? Lepas tu dia pergi semula? Penat dah 1 hal, kos lagi. Macam mana?

Haaaa… nasib baik ada perkhidmatan kurier guna bas ekspres. Usaha suami pergi cari kat stesen bas. Alhamdulillah, ada penyelesaian mudah.

Jpeg
Transcourier

Kos penghantaran adalah berdasarkan berat barang. So, untuk kunci rumah sahaja, berat lebih kurang 1kg, cas nya RM 16.20. Oklah, dari penat dan kos tinggi untuk ulang alik, kan?

resit-kurier-transnasional

Bas dijangka sampai di Klang Sentral pada jam 7.30 malam. Tapiiiii, sebab ada kemalangan lalu jalan pun sesak, maka, aku menjadi penunggu setia yang tak pasti bila bas nak sampai. Belengas badan hoi belum mandi malam lagi.

Lepas habis waktu kerja, aku bawak sekali si Afiq balik dari taska, jadi penunggu kat situ. Nasib baik pengasuh tolong jagakan anak sorang lagi.

Ni aku nak bagi tahu, mahal pulak cas masuk toilet kat Stesen Bas Klang Sentral tu. RM 0.50/orang. Nak kencing je pun. Ke… aku tak tahu yang standard charge untuk public toilet sekarang dah naik dari RM 0.20 pada RM 0.50?

Masa menunggu bas sampai tu, aku terfikir, “Kenapalaaahhh aku tak balik rumah dulu, mandi then datang sini tunggu bas sampai…” Lepastu baru teringat. Dah macam mana nak masuk rumah, padahal kunci rumah on the way nak balik sini. Ha ha ha! Penat kerja tak habis lagi. Otak pun jadi tak logik tiba-tiba.

Nasib baik tak tunggu lama. Adalah dalam 1 jam 30 minit jeeeerrrr tunggu, bas pun sampai. Dengan tak menyabar, aku terus terjah pintu bas yang baru buka

Aku : Assalamualaikum encik, bas ni dari Melaka kan?

Pemandu bas : Ha ah, haaaaa.. nak ambil barang kirim eh?

Aku : Ha ah… (Hebat pemandu ni tahu apa tujuan aku)

Pemandu Bas : Tu haaa.. ada kat cermin depan…

Aku : (Ambil barang) Ya Allah encik.. terima kasih sangat-sangat. Akhirnya dapat jugak barang saya…. 

Pemandu Bas : Jangan risau, barang mesti samapi punya. Lambat atau cepat je. Tadi ada accident. Itu yang lambat sampai ni..

Lepas ucap terima kasih, aku pun berlalu pergi secepat yang mungkin. Balik nak mandi hoiii!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply