BETUL KE DHA PENYEBAB KEPALA BAYI JADI BESAR?

Assalamualaikum & salam sejahtera

36 minggu usia kandungan. Aduhai… dah makin berdebar dah sekarang ni. Asal aku mengaduh “Sakitnya perut…”, bila suami dengar, mesti dia akan respons “Dah nak bersalin ke yang…?” Ewah ewah ewah… Jangan nak cepat-cepatkan masa eh. Bini awak tengah dalam fasa sentiasa rasa nervous. Belum prepare lagi mental nak bersalin walaupun mengandung kali ke-2. Ha ha.

Perut pun makin rasa tak selesa. Nak baring / duduk apa posisi pun masih tak boleh nak rasa selesa. Kadang-kadang terfikir nak bersalin cepat biar hilang segala rasa tak selesa ni. Eh? tadi kata tengah nervous. Ni nak bersalin cepat pulak. :-D

Pagi tadi pergi check-up. Macam biasa, ujian air kencing (result : OK), timbang berat badan (result : tak berapa OK sebab terlebih naik. He he) dan scan kandungan (result : kepala baby besar dari jangkaan).

Bila ‘bentang’kan laporan check-up tadi pada suami, dia respons

DHA

Gelak lah… Gelak lah… Nanti awak jugak yang kena jaga saya kalau saya sakit. He he.

Yang bab suami mention pasal DHEA tu, sebelum ni, masa mengandungkan Afiq, memang aku ada consume pil DHA / DHEA. Saranan dari seorang kawan yang juga pakar gynae katanya bagus untuk perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan. Kesannya? Tahap kecerdasan dan kecergasan Afiq yang kadang-kadang aku dan suami macam “Wow! tak sangka Afiq boleh buat macam tu…” atau kadang-kadang “Eeh? dia ‘relate’kan benda tadi dengan benda yang ini lah…”.

*Tiba-tiba teringat Afiq buat kelakar malam tadi. Mangsanya adalah suami. Kah kah kah.

Aku consume pil ni…

V

V

V

Jpeg

Berbentuk soft gel capsules.  Ada 30 biji / botol. Agak-agak dalam 1 bulan terakhir kandungan aku makan pil ni. Boleh didapati di farmasi atau klinik. Harga? Aku buat survey, klinik yang selalu aku pergi untuk check-up dalam RM 54.00. Kat Watsons aku jumpa RM 69 ++. Kat Guardian dalam harga RM 55.90.

Sebelum nak beli pil ni, aku mintak nasihat doktor terlebih dahulu. Doktor warning, salah 1 kesan pengambilannya adalah anak jadi hyperactive! Tak apa, kalau tak larat nak jaga, aku kurangkan kuantiti pengambilan DHA pada anak nanti. *Ewah… Sesenang macam itu jer.

Actually, lebih elok kan kalau makan makanan sunnah seperti kurma dan madu untuk kesihatan dan kecerdasan minda. Dah aku nak jugak telan pil ni, nak buat macam mana. Ha ha. Errr… tapi betul ke DHA penyebab kepala bayi jadi besar?

P/s : nasib baik kepala Afiq tak besar masa lahir. Kalau tak dah macam alien kepala besar, badan kecik!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

6 thoughts on “BETUL KE DHA PENYEBAB KEPALA BAYI JADI BESAR?

    1. mmg bagus utk bayi. tapi kalau terlebih dos itu yang x bagus tu.. :-)
      Terima kasih. ALhamdulillah anak ke-2..:-)

  1. Buat cuak je baca..haha..tp memang ank kita besaq bila keluar (3.4kg).sebab apa?
    sebab melantak pizza dominos sokmo. XD
    mmg DHA can make kids hyperactive ke..or it meant kids will be advance to explore things..?
    (my kid mmg la ni buas pun..no difference -.-“)

    1. ikut kata doktor, antara kesan2 DHA yg terlebih ni, hyperactive la budak tu. Tapi DHA mmg bagus utk perkembangan otak. kalau hyper, try less kan dose pengambilan DHA tu. itu yg doktor pesan kat saya..:-)

  2. Saya pun makan Neurogain PB ni masa anak 1st. Anak mmg kepala besar skit hehe.. tapi alhamdulillah perkembangan otaknya sangat mengagumkan.Rasanya kepala besar tu takde kaitan kot… hehehe

    Sekarang tengah pregnant 2nd baby. 36w. Saya consume Omega Guard Shaklee pula. Kite tengok hasilnya nnt hehehe…

Leave a Reply