Assalamualaikum & salam sejahtera
Zaman bayi hanya tinggal kenangan. Tak pernah lagi aku dengar orang dewasa boleh bertukar jadi bayi semula. Dan… Entri ini tiada kaitan dengan yang mati yer :-)
Teringin sebenarnya nak abadikan gambar-gambar kenangan untuk anak sejak lahir sampailah dia besar. Zaman aku kecil dulu, rajin mama ayah aku nak amik gambar anak perempuan dia ni, ikut umur, setahun sekali buat album gambar siap tulis tarikh kat cover depan album. Kena ada kamera yang pakai kodak tu, beli kodak (filem gulung), snap gambar, lepas itu hantar ke kedai untuk dicuci dan masuk album. Leceh jugak tu!
Nasib baik sekarang ni dah ada cara mudah untuk albumkan gambar. Photobook online.
Apa-apahal pun, kenalah create account dulu kat www.groupon.my. Don’t worry, it’s FREE! :-)
Macam-macam kupon ada. Nak beli barang keperluan, pakej pelancongan, shopping barang yang macam-macam.
Semua alert tentang promosi kupon akan dihantar ke emel rasmi yang kau orang guna untuk daftar akaun. Dari emel lah aku perasan apa-apa promosi. Kadang-kadang dalam 1 hari sampai 4 5 promosi akan masuk emel. Nak tak nak je pilih.
Dekat Groupon ni lah aku beli kupon photobook murah.
Dengan harga serendah RM 10.00, aku beli yang jenis Mini Square Softcover Photobook. Lagi besar saiz, lagi besarlah harganya. Tapi berbaloilah sebab RM 10.00 ni diskaun dari harga asal iaitu RM 79.00 untuk photobook jenis 6′” X 6″. Harga tak termasuk cas penghantaran.
Sebelum ni, pernah dah guna servis photobook ni untuk buat koleksi gambar kahwin & gambar travel. Guna kupon dari Groupon jugak. Murah dan mudah! Cuma klik dan hantar. Tunggu dalam 2 3 hari, sampailah courier photobook ni depan pintu pagar rumah :-)
Lepas beli kupon ni, kena ikutlah arahan dari mula download, sampailah cara-cara nak redeem kupon photobook ni.
Download je Photobook Designer Software kat siniĀ http://www.photobook.com.my/tools. Bab edit gambar macam mana rupa yang kau orang mahu, sila ikut arahan dan guna kemudahan yang ada dalam software tu. Untuk permulaan, memang akan keluar window alert bagi tahu macam mana nak delete, drag, drop dan segala-gala fungsi yang ada. Mudah!

Walaupun nampak simple, tapiiii… jenuh jugak aku yang tak kreatif ni nak memikir nak buat corak bagai pada gambar.
Boleh la.. Tak adalah hitam putih je :-p
Bila dah sampai, taraaa~
V
V
V
V
V

Ok. Afiq memang payah nak senyum bila bergambar. Jual mahal! Ha ha.
Gambar-gambar yang diambil jadi kenangan zaman anak-anak masa dia orang masih kecil. Nanti dah besar, dah kahwin, boleh tunjuk kat pasangan “Haaa..ni lah muka abang masa kecik-kecik dulu. comel bukan?” Ha ha.
Lepas ni, nak kumpul photobook dengan anak nombor 2 pulak.










