KENALI CARA SI MANJA BELAJAR KETIKA BERMAIN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari-hari adalah hari baru bagi setiap anak kecil untuk belajar. Tak kisahlah dari pemerhatian, pendengaran atau perbuatan dia sendiri. YES or NO, DO or DONT, itu terpulang pada mak ayah beliau nak amalkan pada anak kecil itu.

2 jenis amalan yang aku dan suami amalkan pada anak :-

1) Pemerhatian Terhadap Perbuatan / Objek

2) Pendengaran Terhadap Bunyi

Pada aku, sebagai seorang ibu yang selalu perhatikan perkembangan / perubahan seorang anak yang hari-hari ligat selagi celik mata, aku selalu ingat fakta bahawa “otak anak kecil adalah KOSONG! dan ia diibaratkan seperti sebiji span kering yang akan sedaya upaya menyerap air sehingga ‘penuh’ span itu” sebab itu anak kecil senang ‘tangkap’ apa yang dia belajar hari-hari.

Jadi, sila jaga tingkahlaku juga perkataan anda di hadapan anak-anak yer wahai ibu bapa :-)

Kesimpulannya, aku perasan yang Afiq cepat belajar dari pemerhatian terhadap perbuatan aku dan suami. Juga orang-orang yang selalu berada di samping beliau. Dalam pada masa yang sama, Afiq juga dapat ‘tangkap’ proses pembelajaran dari aspek pendengaran terhadap bunyi. Cuma aku nampak, dia lebih mudah mengikut / belajar cara yang pertama.

Sepengetahuan aku hasil dari pembacaan, memang anak kecil lebih mudah mengingati & mempelajari sesuatu secara bukan lisan. Anak akan tiru / mungkin faham apa kita buat walaupun dia tak faham. Contohnya, nak warning Afiq dari usik barang, aku selalu angkat jari telunjuk sambil cakap “NO!”, Afiq tak jadi usik barang tu. Tapiiiii kalau aku just cakap “NO!”, diacah-acah nya mama dia ni sampai 3 4 kali jugak lah cakap baru Afiq tak jadi usik barang tu. Kena time degil dia datang, sampai bersepah hall dibuatnya T__T

Untuk tujuan pembelajaran-ketika-bermain, aku pilih untuk sediakan ‘learning toys’ bila usia Afiq atas 6 bulan.

So, mainan PERTAMA Afiq yang aku perkenalkan adalah…

V

V

V

V

V

fisher price stack
Fisher Price Rock-a-Stack

Dan juga

V

V

V

V

V

fisher proce blocks
Fisher Price Blocks

Buat masa ni, aku sorokkan dulu Fisher Price Blocks. Kasi dia master main Fisher Price Rock-a-Stack tu dulu. Belajar 1-1.

Pelaburan untuk anak – Fisher Price Rock-a-Stack (RM 25) & Fisher Price Blocks (RM 30). Beli kat GM Klang. dapat murah! Ha ha

Antara fungsi/ kelebihan mainan Fisher Price Rock-a-Stack adalah :

1) Permainan yang meriangkan, comel dan membantu perkembangan otak anak kecil.

2) Susun & Timbun membantu membina keseimbangan & koordinasi mata & tangan.

3) Warna yang pelbagai & menarik, ‘beads’ di dalam gelung yang merangsang perkembangan otak bayi dan membantu sifat ingin tahu.

4) Mencipta keriangan bermain si anak bersama ibu bapa bila mana ibu bapa mengajar cara Susun & Timbun kepada anak. Anak riang, ibu bapa gembira. So, bolehlah rakam video atau ambil gambar saat-saat keriangan bersama si manja anda. He he.

Rasanya adalah 2 3 kali aku dan suami sibuk nak ajar Afiq Susun & Timbun mainan Rock-a-Stack tu. Lepas tu, dibuat baling-baling gelung tu semua. Tiba-tiba, pada suatu hari, Afiq menunjukkan perubahan / perkembangan, beliau BERJAYA timbunkan gelung pada tiangnya. Yeay!

Apa-apa pun, kena banyak bersabar, tidak mudah putus asa mengajar dan mendorong semangat anak & nikmati saat-saat riang bersama anak. Ok bai! :-)

P/s : Paling tak boleh blah, bila papa Afiq head-banging, Afiq pulak bantai berjoget. Alahaaiii…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply