Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Di Facebook ada rakan yang update pasal “Lagi 100 Hari” Ramadhan nak datang (start semalam). Tiba-tiba terasa excited nak ‘jumpa’ Ramadhan tahun ini. In sha Allah jika panjang umur, merasa la kita :-)
Disebabkan itu, lantas aku teringat banyak lagi baki hari untuk aku qada puasa. Ahhh! semoga sempat lah aku settle ‘hutang’ puasa tu. 1 BULAN Ramadhan tahun lepas, barang 1 hari pun aku tak dapat berpuasa kerana masih dalam pantang selepas melahirkan Afiq Hazim.
Just nak kongsi macam mana aku MULA kan ‘langkah’ untuk MULA ganti puasa.
1- Pasang niat dalam hati bahawa kita akan qada puasa secepat mungkin (selagi mampu dan diizinkan Allah)
2- Elok je habis bulan Ramadhan, seawal yang mungkin aku MULA qada puasa. Ikut logik kepala otak aku ni, seawal selepas Ramadhan, perut kita still boleh terima mode untuk berpuasa.
3- Jangan risau pasal juadah raya sebab musim tak raya pun juadah tu still boleh didapati dan boleh dimakan :-)
Simple kan? Yang penting hati dan azam kena kuat di samping izin dari Allah swt.
p/s : Alhamdulillah… hutang puasa Ramadhan lepas berbaki 1 hari sahaja lagi. :-)





