SSPN- i : PELAN PENDIDIKAN PILIHAN UNTUK MASA HADAPAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :-)

Sudah semestinya semua ibu bapa ingin memberikan / menyediakan keperluan yang terbaik buat anak. Aku dan suami juga tidak terlepas dari keinginan ini. Malah, setiap apa yang kami ingin dilakukan, keperluan anak akan didahulukan.

So, dalam banyak-banyak keperluan, of course keperluan untuk pendidikan adalah yang utama. Memandangkan aku pun habis pantang eloook je time orang beraya,memang seronoklah kami laki bini nak usung anak pergi beraya kan. Dah tentulah anak dapat duit raya. Dah kalau melambak sangat duit tu,tak kan lah nak simpan bawah tilam baby pulak kan? Dah alang-alang nak menyimpan, simpanlah dengan SSPN-i. Hehe. Alhamdulillah ada suami a.k.a papa mithali lagi bijak yang suggests idea untuk buka akaun SSPN-I :-)

Model
Yeay! saya dah ada akaun ‘bank’

1 Ogos 2013, buka akaun SSPN-i di Maybank. Dalam awal bulan 9 baru dapat kad pemegang akaun. Lama jugak tunggu.

Mudah sangat cara nak buka akaun SSPN-I ni. Orang kata, lagi cepat prosesnya kalau buka akaun kat Maybank. Gigih oi aku dukung anak yang berusia 2 bulan (time buka akaun ni) yang seberat 6.3 KG selama hamper 1 jam sebab tunggu giliran. Adeehh ^_^”

Meh sini aku bagi tahu dokumen yang diperlukan untuk tujuan pembukaan akaun ni :-

1) Dah tentunya BORANG PERMOHONAN. Boleh muat turun di sini

2) Salinan MyKad pemohon

3) Salinan Sijil Kelahiran / MyKid / MyKad anak

Borang SSPN
Borang SSPN

Dengan simpanan minimum sebanyak RM 20.00 dan dijamin oleh Kerajaan, pendeposit layak untuk menikmati kelebihan dan faedah-faedah berikut

1) Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN (errr..seboleh-bolehnya aku akan usahakan supaya anak tak menanggung hutang pelajaran :-) )

2) Perlindungan Takaful secara PERCUMA kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM 1,000.00 dan ke atas (Afiq sudah dilindungi! yeay!)

Dan lain-lain. haha. Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut. Aku taip mana aku ‘nampak’ jer.

Ok. Tak boleh hadap blog lama-lama sebab bila Nampak gambar anak, nanti langsung tak boleh buat kerja. Rindu!

*Afiq cirit-birit. Semoga beliau cepat sembuh.T__T

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.