Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)
In sha Allah esok, Rabu (10 Julai 2013), umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan. So, berpuasa lah kita yer.
Berpuasa ni bukan hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja malah dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa contohnya macam berjimak di siang hari :-P
Jom refresh doa dan niat di bulan Ramadhan..

Tahun ini adalah TAHUN PERTAMA aku akan berpuasa sebagai seorang IBU. Semoga diri ini diberi kekuatan olehNya untuk menjalankan ibadah puasa di samping melaksanakan kewajipanku sebagai seorang isteri dan ibu yang menyusukan anaknya. Aminnn…
Selamat berpuasa semua :-)





