Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-
| Bil. | Skim Perkhidmatan | Gred Gaji | Taraf Jawatan | Kekosongan |
| 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. | PENOLONG PEGAWAI TADBIR PENOLONG JURUAUDIT PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) PEMBANTU PENGUATKUASA PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA PEKERJA AWAM | N27 W27 N17 N17 N17 J17 R1 | TETAP KONTRAK TETAP/KONTRAK TETAP KONTRAK KONTRAK TETAP | 1 1 6 1 1 3 12 |
Cara memohon:-
a) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanjung Malim.
b) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, surat beranak yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran paspot.
c) Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Kuasa-Kuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui ketua Jabatan masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
d) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjung Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJUNG MALIM
Sebelum atau pada:- 21 MEI 2012
Klik untuk muat turun :- Iklan Penuh
Catatan Am:
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.






