APAKAH HUKUMNYA MAIN KUTU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :D

Pheww~ sudah agak lama aku tak update blog ni. well, busy dengan laki baru:p

Entah macam mana, tiba-tiba, seorang officemate aku tegur ajak main kutu. bukan main cari-cari kutu kat kepala macam monyet biasa buat untuk isi masa lapang tu, tapi ini main kutu yang akan buat wallet makin ‘berisi’ apabila tiba hujung bulan. haha

Kaedah mainannya, setiap peserta kena bayar duit ikut harga yang telah dipersetujui bersama. biasanya, nak membayarnya, sekali sebulan dan  jumlah bayaran adalah mengikut individu. semakin ramai yang join, semakin ‘berisi’ lah wallet kau orang bila hujung bulan! haha..tapi diingatkan, hanya sekali sepanjang tempoh kau orang main kutu aje la kau orang merasa wallet berkepuk-kepuk dengan duit! bukan tiap-tiap hujung bulan. jangan nanti ada yang tak faham, lepas itu, salahkan aku kata aku bagi ajaran sesat pulak.:D

Dah bayar, sila sign

Kenalah ada seorang bendahari untuk kumpul dan jaga duit kan. dan aku seboleh-bolehnya akan ELAK dari jadi bendahari. takut woo~ naya je kalau wang terkumpul tu hilang dalam simpanan aku! pheww~ terus koyak wallet aku pulak nak menggantinya! haha..

Sampai sekarang aku masih terfikir, “kenapa orang kata main kutu? kenapa tak kata main duit?”  fine! sampai sekarang aku tak dapat jawapan T__T

Sesiapa dapat jawab, aku kasik 50 sen :p

Dulu, masa kecil-kecil aku tahu pasal main kutu ni, aku fikir “waaahh! bestnya dapat duit banyak-banyak!” bila dah besar ni, barulah sedar ” hekeleehhh.. sama dengan je kalau kita gigih nak menyimpan duit tiap-tiap bulan secara konsisten..#_# “

Tapi bagi aku, permainan macam ini sesuai untuk orang yang selalu TAK JADI dalam usaha menyimpan duit. asal hujung bulan, ada je cabangnya duit tu nak dilaburkan! bila dah join permainan ni, secara automatik, individu itu akan terfikir yang dia ada komitmen nak bayar duit kutu. bila sampai waktunya, dia dapat semula jumlah duit yang dia simpan tu. bagus betul siapa yang  cipta mainan ni:D

Tapi kalau yang BERJAYA memnyimpan duit tu, kalau nak join pun, ok jugak. kira akaun simpanan alternatif la:D

Errr.. apa hukumnya main kutu ni? entaahh.. aku pun tak pasti! haha.. bye!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “APAKAH HUKUMNYA MAIN KUTU?

Leave a Reply