Betul Ke Bulan Puasa Syaitan Kena Kurung?

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah selamat sudah kita berpuasa untuk hari yang ke 20. Makin hampir untuk kita menyambut hari raya. Sudahkah korang menunaikan zakat fitrah. Aku bukan ape cuma mengingatkan sahaja sebab ramai kawan aku masa belajar baru memulakan kerja. Jadi ingatlah tanggungjawab zakat fitrah bukan menjadi tanggungjawab ayah korang.

Back to topic. Betul ke setan kena kurung bulan puasa ni? Aku dapat rasakan ketiadaan syaitan sebab apa aku kata macam itu. Kalau bukan bulan ramadhan memang rasa berat aku hendak solat dengan melengah-lengahkannya tapi dalam bulan ramadhan bukan sahaja solat fardhu rasa ringan bahkan solat sunat juga rasa ringan untuk dilakukan.

Setakat hari ni sehari sahaja aku miss sahur, itupun sebab alarm x bunyi. Kalau bukan ramadhan la,bukan kata nak bgn sahur, nak bgn subuh pon berat rasanya.Kalaulah hari-hari merupakan bulan ramadhan alangkah indahnya dunia tanpa gangguan syaitan.

Aku tidak faham ade sesetengah orang puasa tapi tinggalkan solat.erm…kalau syaitan tiada,siapa yang hasut dia jangan solat? Jadi tepuk dada,tanya iman. Jangan berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Marilah kita tingkatkan ibadah pada 10 malam terahir ini. Moga kita jumpa lailatulqadar yang kita idamkan, insyallah.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply