Free Calls and SMS to your Buddyz™

Apa itu Buddyz™. Mengikut kamus aku sendiri keluaran 1987 (tahun lahir aku) Buddyz™ bermaksud kawan. Tetapi dalam DiGi, Buddyz™ tidak terhad kepada kawan malah keluarga juga boleh dimasukkan dalam senarai Buddyz™ anda.

Tahukah anda DiGi satu-satunya telco yang menawarkan panggilan dan sms percuma kepada 3 orang Buddyz™. Macam mana hendak hendak mendapat tawaran ini?


Nota:

  • Buddyz™ sah untuk mana-mana nombor DiGi tanpa mengira pelan
  • Pendaftaran 3 nombor Buddyz™ adalah PERCUMA buat kali pertama
  • Setelah senarai Buddyz™ ditentukan, penukaran nombor Buddyz™ tanpa had boleh dilakukan melalui UMB, OCS dan IVR
  • RM10 akan dikenakan untuk setiap penukaran nombor pada senarai Buddyz

Mudah sahaja, dail *128# dan tambah nombor telefon kawan dan keluarga ke dalam senarai Buddyz™ dan anda boleh terus menggunakan menikmati panggilan dan sms percuma dari jam 12 tengah malam hingga 8 malam. Puas bukan?

Aku tidak melepaskan tawaran ini. Aku telah menambah tiga orang ke dalam senarai Buddyz™ aku. Antara yang tersenarai adalah.. (macam mengumumkan calon penerima anugerah pula) :

Rakan sepejabat aku, Emilia atau nama pendek dia Emi. Sebab itu aku gunakan nama panggilan Zul di office sebab ada orang telah ambil dulu nama panggilan itu. Dengan adanya Buddyz™ dari DiGi memudahkan aku berurusan dalam waktu pejabat dengan percuma.

Rugayyah, aku panggil Gayah. Dari nama anda sudah tahu bukan orang sini. Gayah merupakan kawan aku semasa sekolah. Dia berasal dari Sarawak. Jauh bukan? Tetapi walaupun jauh dengan DiGi jarak bukan jadi penghalang. Dengan panggilan dan sms percuma yang jauh rasa dekat.

Nampak, rusa lagi besar dari dia

Nik Normasitah atau nama di twitter dan blog hatisamronkin.  Korang sendiri tahu apa maksudnya di sebalik hatisamronkin. Seorang penulis blog iaitu http://hatisamronkin.com/ juga dikenali kanak-kanak rebina oleh aku sebab badan dia kecik dan merupakan rakan blogger aku. DiGi sangat membantu sebab memudahkan aku arrange aktiviti blogger dan dapat mengetahui aktiviti blogger. Yang paling penting aku dapat mengetahui gosip-gosip bloggers sebab Nik ini boleh dikatakan kuat bergosip.

Inilah kelebihan Buddyz™. Mendekatkan yang jauh dan yang paling penting JIIIIIIIIIMMMMAAAAAAATTTTTTTTTT…. Jadi apa tunggu lagi. Tambah rakan Buddyz™ anda pada yang belum menggunakan DiGi, anda boleh aktifkan started pack DiGi Easy Prepaid anda sekarang. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.digi.com.my/prepaid/plan_easyprepaid.do

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “Free Calls and SMS to your Buddyz™

Leave a Reply