Pendidikan Seks Diberi Tanpa Kita Sedar

Ingat lagi sebelum ini kes Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memasukkan Pendidikan Seks dalam mata pelajaran di sekolah. Banyak juga respon di beri oleh ibu bapa membantah tentang pendidikan seks ini. Diorang kata budak sekolah tidak perlu tahu dan ada menyatakan boleh menggalakkan gejala seks. Tetapi walaupun pendidakan seks tidak diberi, makin berlambak jugak anak luar nikah keluar.

Lihat kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia kecoh di surat khabar dan berita di televisyen. Bila anak menonton berita, sifat ingin tahu pasti akan wujud dalam diri kanak-kanak tersebut. Maka terpancul la soalan “Ayah..ayah..liwat tu apa?”. Ha,apa yang patut ayah dia jawab?

Kes yang terbaru Video Seks yang di kaitkan dengan Anwar Ibrahim sampai masuk ke dewan parlimen. Bila anak-anak menonton, maka soalan yang sama akan keluar. “Mak, seks itu apa?” Si ibu hendak menjawab apa? Takkan jawab tidak tahu? Bila mak mereka jawab tidak tahu, mulalah mereka mencarinya di internet. Bila suah mencari internet, maka akan keluar hasil-hasil carian yang tidak sepatutnya.

Pendidikan seks, bukan buat seks

Dalam tidak mahu beri pendidikan seks di sekolah, tetapi ibu bapa terpaksa juga memberinya di rumah. Jadi ibu bapa yang membangkang habis-habisan tentang pendidikan seks di sekolah tidak terfikir tentang perkara ini? Atau ibu bapa rasa, biarlah anak mereka belajar sendiri. Ha, belajar sendiri la hasilnya 234, 647 orang anak tidak sah taraf tahun 2010.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Mari kita sama-sama renungkan dan selamat beramal.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Pendidikan Seks Diberi Tanpa Kita Sedar

Leave a Reply