Shopping Raya La Sangat

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ingat lagi dengan enrti ini Berbuka Puasa Satey Kajang Bersama Blogger. Sebelum aku gerak ke sana, sempat lagi aku dan cinta hati aku pergi shopping raya.Shopping raya la sangat, juz beli beli baju melayu aku jer. Linda sudah beli baju kurung siap². Dia beli warna putih dan aku hendak beli juga warna putih bagi nampak sedondon orang kata :)

Pergi kat butik di Wangsa Walk, aku usha la yang warna puteh.Korang tau ape untie tu cakap. “Hendak cari baju nikah ker?”. Aku pon terkedu gak, sampai cina pon boleh fikir macam tu, belum lagi kena kutuk dengan adik dan mak aku nanti.Jadi usha la color lain. Nampak pulak baju melayu Johor, ku pon tidak pernah beli baju melayu johor. Untuk memujuk sayangku sebab tidak ikut tema, aku beli la warna kesukaan dia. Warna merah tua sebab warna merah menyala tiada. Jadi try la baju melayu johor tu dan penasihat pakaian aku kata ok. Tengah try² sekali toikei kedai tu tunjuk baju kerung sepasang dengan baju ini,jadi nak beli kat Linda satu tapi dia pulak taknak. Selamat duit aku.haha.. Jadi sapu la satu baju siap dengan sampingnya sekali.

Lelaki, macam biasalah beli baju bukan lama pon.Jadi agak kebosanan tidak tahu buat apa. Maka kami pergi la tengok wayang. Tengok tayangan yang mana yang paling awal. Sekali ada cerita Grown Ups (Nanti aku reviews) pukul 2.45pm. Jam baru 12.30pm. Bosan sudah tahap melampau ni, jadi pergi la main bowling satu game bagi hilang gian dan kebosanan. Lepas main, ade lagi masa ni, layan pulak main bola keranjang.Lepas solat, baru la masuk panggung.Habis sahaja tengok wayang terus gerak Satey Kajang Haji Samuri untuk berbuka puasa dengan blogger

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Shopping Raya La Sangat

Leave a Reply