Keracunan Angkara Bazar Ramadhan

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Cewah semangat patriotik sikit. Ye la merdeka sudah hampir, kena ade semangat kemerdekaan. Kereta aku pon ada bendera Malaysia tapi satu² cabut ditiup angin jd terus malas hendak letak dah. Petang kelmarin dengan tiba² aku rasa hendak muntah dan pitam. Pelik betul aku tiba-tiba jadi macam tu, balik jer rumah terus tido.Memang tidak beli makanan buka puasa coz tidak larat, last² buka puasa dengan dua biji kurma dan air kosong.

Esoknya, masa bersahur still rasa tidak berselera makan. Bazir nasi tu, buang begitu sahaja. Tapi apa hendak buat, sudah tidak berselera. Pukul 8, sms boss cakap tidak sehat. Aku datang office hari ni,baru aku tau bos aku pon mc, dua hari pula tu. Lepas tu cinta hati aku kata hendak datang bawak aku ke klinik. Ngeh³, ini buat aku sayang dia lebih ni :) Pergi klinik doktor cakap aku keracunan. Lepas tu siap pesan jangan beli makanan di bazar, masak sendiri. Erk, tersedak aku. Mana reti aku bab masak memasak ni. Masak air pon hangit. Tapi ape pon nasihat doc dan ubat apapon yang doc nak kasi saya tidak kisah janji mc jangan lupa yer.hihi..Dalam tidak sihat tu, pergi juga One Utama tu.Untuk apa aku kesana? Tunggu entry aku seterusnya..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Keracunan Angkara Bazar Ramadhan

  1. sejak tahun lepas, bila ayah ada cakap yang mknn kat bazar ni kadang2 tak boleh percaya sgt..dh terus hilang selera nak ke bazar.. tp kadang tu teringin nk mkn something pergi la jugak..

    em, masak air pun hangit?hehe

  2. bukan semua peniaga di bazar xjaga kualiti makanan..pape hal pun better tgk keadaan makanan yg dijual, persekitaran & kebersihan penjual tue sndri.. kalau asyik tergaru2 je..nak beli ke? kalau peluh meleleh2 pun lap dgn tangan je, nak beli ke? hehhee

  3. ko ni kan…bape rkali kak sumi kata..jgn beli kat Bazaar…
    ko tgk kak sumi..hari2 masak…

    meh duk ngna kak sumi…. leh rasa masakan kak sumi…

    lain kali beli jer KFC ker, McD ker, Pizza ker..
    itu dh jamin sedap dan memuaskan…hehehehe

  4. rasa pelik sebab boss kamu pun MC gak.
    kamu dengan dia makan di kedai yang sama ke?
    aiikk??

    ok, betul2..
    masak ajelah kan.
    try la masak..
    try la..
    tak susah sebenarnya.
    haha~

Leave a Reply