Bazar Ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua kita berpuasa. Semalam hari 1st terjah ke bazar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka dan bersahur. Jalan seperti biasa awal ramadhan, akan sesak tahap dewa. Boleh menyebabkan akan sesak nafas. Hendak sampai umah aku tidak sampai 1km dari traffic light mengambil masa hampir 20 minit sebab 5 kali traffic light naik bertukar hijau kereta tidak bergerak-gerak. Mana taknya, orang jenis fikir diri sendiri. Parking kereta untuk kebazar ikut kepala sendiri, janji dekat dengan bazar. Padahal tidak sedar yang kereta dia menganggu lalu lintas. Hampir tergugat keimanan aku semalam dengan sikap pengguna jalan raya yang lain yang tidak reti bersabar.


Image Credit to Zainabdullah

Aku seperti ramadhan tahun lepas, akan membeli juadah dia bazar ramadhan di taman aku sahaja sebab kalau aku singgah beli ditempat lain, kompem akan berbuka dalam kereta sebab jem. Bazar di taman perumahan aku memang banyak gerai seperti tahun lepas. Berbeza dengan tahun lepas, gerai-gerai ini kebanyakkan menjual juadah yang sama. Hampir 5 gerai jual roti john, 6 gerai jual kuih, Jual mee dekat 4 gerai dan yang lain-lain semua repeat. Aku hendak cari makanan yang simple seperti nasi ayam,nasi tomato dan nasi-nasi lain yang lengkap. Tapi ada satu kedai sahaja yang ada jual, itupon nasi ayam. Takkan la hari-hari makan nasi ayam. Sudahlah gerai jual lauk ade 2 gerai jer, time aku datang pun lauk banyak habis. Sudahlah harga mahal. 3 ringgit aku beli daging kari dapat 4 ketul,3 lemak,1 jer boleh makan. Ish,diorang ni bulan-bulan puasa nak penanya orang sampai macam tu sekali.

P/S : Weekend ini cadang mau terjah bazar di tempat lain, sape-sape ada cadangan bazar yang best untuk aku terjah?

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Bazar Ramadhan

Leave a Reply