Assalamualaikum. Semua Nuffnanger perasan atau tidak dengan kemeriahan iklan Sony Cyber-shot. Memang meriah, aku tengok hampir semua blog ada iklan itu. Berapa agaknya modal sony melabur yer untuk promote kemera baru tu.
Baiklah, kembali kepada tajuk. Aku hendak ingin mengajar pengguna WordPress untuk meletakkan iklan antara post. Sebab ramai juga bertanya dengan aku tentang ini. Jadi untuk memudahkan aku dan untuk memudahkan korang, aku buat tutorial ini. Baiklah pertama sekali korang kena login ke admin page. Pergi ke menu Appearance dan pilih sub-menu Editor. Rujuk rajah di bawah :

Seterusnya lihat di sebelah kanan di bawah tajuk Theme File pilih Main Index Template (index.php). Bila coding sudah di paparkan, korang cari perkataan the_content. Untuk memudahkan carian anda boleh menggunakan kekunci Ctrl+F dan taip perkataan the_content. Bila sudah dijumpai masukkan coding iklan di bawah perkataan itu. Rujuk gambar dibawah.
Ulangi langkah diatas untuk Page Template (page.php), Search Results (search.php) dan Single Post (single.php). Tara,sudah siap. Selamat mencuba dari aku.
P/S : Kedudukan coding mungkin agak berbeza kerana bergantung pada template yang korang pakai. Jika terdapat masalah sila comment disini.







install jer plugin post-layout..
tak payah pening nak buat coding..
itulah…meriah sungguh SONY..ada di mana2 :)
mesti CPM jer ni…maybe utk certain period jer..
betul tu. dah naik semak blog dengan iklan sony tu.
eh ade ker nek semak. rezeki tu. klu xnk kasi buang.
ye CPM. Tapi rasanya diorang beli brp banyak click ye coz hampir semua blog tpampang
Ha ikut kata mus ni pakai pugin..saje bg ssh.padahal sendiri x guna cara ssh.hehe..
haha. betul tu..rezeki jangan ditolak.