Merpati Lubuk Kuman Berbahaya

Dalam kajian yang disiarkan jurnal kesihatan Acta Veterinaria Scandinavica, Esperon dan rakan setugas menganalisis 118 merpati yang ditangkap sekitar Madrid.

Mereka menemui kuman dikenali sebagai Chlamydophila psittaci dalam 52.6 peratus merpati yang ditangkap dan Campylobacter jejuni dalam 69.1 peratus merpati berkenaan.

Jangkitan psittacosis pada manusia sering bermula dengan simptom seperti selesema dan boleh melarat menjadi pneumonia yang mengancam nyawa. Kuman spesis campylobacter pula adalah punca utama cirit birit teruk. – Reuters

Petikan Berita Harian Online

Baru aku tahu tentang perkara ini. Patutlah di rumah lama aku yang terletak di Sitiawan aku selalu sahaja selesema bila bangun tido. Yang menjadi kehairanan aku, bila aku tinggal di tempat lain tiada pula masalah tersebut. Dirumah aku yang lama itu memang banyak burung merpati. Bila hendak tidur memang susah sebab merpati asyik mecakar-cakar siling rumah. Kalau orang lain berkunjung rumah aku, kompen mereka rasa gerun mendengar bunyi tersebut. Bagi aku perkara biasa, aku bangun capai kayu dan ketuk siling tu sampai burung itu senyap. Lepas tu aku sound, woi tak reti nak tido ker.haha..

Agak korang hendak makan merpati, korang bukak siling dan capai sekor dan masak. Memang banyak betullah. Korang tabur jer beras, dekat berpuluh ekor datang. Dulu masa aku sekolah, aku rajin tangkap burung merpati ni. Habis jer sekolah, dengan baju tidak bertukar lagi. Cari lidi dan celup lidi tersebut pada gam tikus. Lepas celup, korang cari dua batu kecil dan letak lidi tersebut atas batu seperti membuat titi. Kemudian korang tabur beras keliling lidi tersebut. Dalam masa beberapa minit, banyaklah burung merpati akan berkerumun. Dan jika nasib baik, lidi yang bergam tadi akan melekat kat sayap burung tersebut, dengan pantas korang tangkap sebab takut lidi tersebut cabut. Selamat mencuba.kui3…

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Merpati Lubuk Kuman Berbahaya

  1. Salam. Boleh tak kongsi info pasal mudaratnya taik burung merpati. Di apartment saya ni, ada penghuni yg sgt mementingkan diri, ramai komplen pasal merpati ni, tapi dia (org yg bela) buat tak tahu je. Burung merpati berak di tingkap rumah saya sehingga saya dah tak tahan dan tak pernah bukak tingkap lagi. Saya komplen pd management dah masuk 2 x. Tapi sia2 saje. Kalau you ada terjumpa artikel pasal kemudaratan taik merpati mintak share dgn saya ye. Sila emailkan pada saya. Terima kasih.

    1. ANCAMAN BURUNG MERPATI
      NAJIS burung merpati bukan sekadar menimbulkan masalah pencemaran pemandangan. Ia juga satu ancaman terhadap kesihatan manusia. Paling utama ialah histoplasmosis iaitu jangkitan pada paru-paru yang menunjukkan simptom serupa dengan demam selesema.

      “NAJIS burung merpati boleh menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis.”
      Ini terjadi apabila merpati membawa spora kulat histoplasma kapsulatum dan menyebarkannya di tempat ramai manusia bernafas.
      Tidak cukup dengan bulu-bulunya yang menjadi agen sebaran penyakit, najis burung merpati juga membawa berita buruk.
      Ia mengandungi pelbagai jenis kuman yang berisiko tinggi menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis serta kriptokokosis.
      Najis burung itu lebih mengancam kesihatan apabila terdapat di kawasan sumber air atau saluran udara kerana ia meningkatkan kemungkinan kuman menjangkiti sistem tubuh manusia.
      Walaupun daging burung merpati dijadikan hidangan delikasi di beberapa negara, manusia tidak harus lupa bahawa merpati adalah sebahagian daripada kebimbangan selesema burung, virus West Nile, ensefalitis (radang otak) dan juga toksoplasmosis (penyakit bawaan mamalia dan burung akibat protozoa).
      Lebih merisaukan ialah najis burung itu boleh menjadi punca kepada kes kematian akibat penyakit berbahaya lain seperti salmonella dan E. coli.
      Sumber dari:
      1) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
      http://hsr.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Baik_Buruk
      http://search.moh.gov.my/i/?s=&p=penyakit+bawaan+burung+merpati

Leave a Reply