Selamat pagi. Semalam berlangsungnya sesi demo untuk new teknologi di Intel’s Office yang terletak di Damansara Height. Aku yang telah mendapat invitation dari P1 W1MAX tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri teknologi apa yang mereka hendak memperkenalkan. Semenjak Wimax menapak di Malaysia pada 19 Ogos 2008, P1 W1MAX telah membawa revolusi baru dalam perkhidmatan jalur lebar negara.
Bermula dengan Desktop Modem DS300, P1 W1MAX mula mendapat sambutan mengalakkan di Lembah Klang seterusnya meluaskan liputannya ke seluruh negara. Bagi memenuhi kehendak pengguna, maka P1 W1MAX mengeluarkan Desktop Modem DV230. Bezanya Desktop Modem DS300 dan DV230 ialah DV230 support wireless dan voice call. Trend penggunaan internet kini telah berubah, pengguna bukan sahaja ingin menggunakan internet di rumah sahaja, malah mereka ingin menggunakannya di mana sahaja mereka berada. Oleh yang demikian P1 W1MAX memperkenalkan modem terbaru untuk pengguna laptop yang diberi nama Wiggy yang kecil dan kompak memudahkan untuk dibawa kemana sahaja.
Kini P1 W1MAX dengan kerjasama Intel telah mengorak langkah kehadapan. Untuk menggunakan P1 W1MAX internet anda tidak memerlukan ini
![]() | ![]() |
Desktop modem DS300 dan Desktop modem DV230
ataupun menggunakan

W1GGY potable modem.
Anda hanya perlukan ini

Ya, percayalah! Anda hanya memerlukan laptop untuk menggunakan internet jalur lebar. Ia semudah anda membuat connection dengan wireless. Dengan kerjasama enam syarikat pengeluar netbook dan laptop yang cukup terkenal seperti Dell, Acer, Asus, Lenovo, MSI dan Toshiba kini bermulalah revolusi baru dalam perkhidmatan jalur lebar. Selepas ini anda beli sahaja laptop, terus boleh menggunakan perkhidmatan internet. Nantikan pelancaran Malaysia’s first WiMAX-Inside 4G laptops yang secara rasminya akan dilancarkan pada 29 Jun ini dan rasai dan alami sendiri revolusi jalur lebar negara.










wah…itu juga sudah di kira hebat…kau takmo sambar ke laptop ni?
baru je beberapa hari lepas kawan aku ckp2 tntg benda macam ni..tak sabar nak tgk mcm mana prestasi nnti..
bunyi cam best je.. tak sabar aku nak tegok.. leh la aku beli nnti
ha,alang2 nk beli laptop. biar beli yg ni.berbaloi!
prestasi dari diorg citer lg better dari wiggy dan lebih jimat bateri
x mampu.klu dpt free kn bagus :)
ingat dapat la sebijik..huhuhu
byk ler diorg nk kasi sebijik.