Interview : Bukan Tips Tapi Aku Sendiri Pergi

Selamat tengah hari. Sejuk malam tadi bawak sampai ke tengah hari. Menggigil aku kat office ni. Semalam aku bercuti, post yang korang baca semalam semuanya auto publish. Semalam aku ada interview kat jalan ipoh. Adakah aku ingin memohon kerja baru? Tidak sama sekali, interview itu untuk aku aku dapat kerja freelance kat company tu. Aku pergi interview pon pakai t-shirt dan jeans. Korang sama sekali jangan ikut cara aku tu.

Company ini buat project menggunakan platform WordPress. Wah, macam tahu² sahaja yang aku telah bertukar ke WordPress. Itulah aku cakap, tidak rugi kalau explore benda baru. Tengok apa yang aku mengalami semalam, bila dia cerita pasal WordPress aku tidak menganga. Tambah dia cerita yang mereka ingin membuat plugin sendiri. Aku juga dalam proses untuk explore dan membuat plugin sendiri. Jadi masa kita interview ada benda hendak dicerita, tiada la orang sebut WordPress kita menganga.

Bukan setakat interview, siap ada soalan bertulis. Sekali keluar soalan PHP der. Sudah lama aku tinggalkan PHP ni. Tapi nasib baik baru-baru ini aku dapat project kecik yang menggunakan PHP jadi dapatlah refresh sedikit. Terkial-kial aku menjawabnya coz takut tercampur aduk dengan coding ColdFusion. Alhamdulillah, aku boleh menjawab. Betul atau tidak, entah la. Tunggu jer call dari dia.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Interview : Bukan Tips Tapi Aku Sendiri Pergi

  1. ko mesti boleh punya la… semoga mendapat pekerjaan itu. Make sure kat opis baru leh tweet ngn Fb gak yek… kang susah lak nak mintak tolong…muahahaha….. oh ya.. Gtalk pun make sure leh gak buakk…hahahaha

  2. salam kenal !!! dah dua hari aku melilau dalam blog ko nie… dari aktiviti aku tu, aku dapati yang ko pandai bab IT nie… syabas..aku pun minat gak, cuma memang tak pandai langsung bab IT nie..apa pun… aku suka blog ko nie…..menarik… tambahan bab tutorial…banyak ilmu kat situ.. TQ!!!

Leave a Reply