Selamat Hari Guru 2010

Owh hari ni, hari guru yer. Hampir terlupa aku. Nasib baik Google mengingatkan aku dengan meletakkan logo Hari Guru se-Malaysia. Tema untuk tahun ini apa yer? Sebab macam tak der publisiti untuk hari guru ni. Semua orang sibuk piala thomas, hari belia 2010 dan pilihan raya kecil di Sibu kalau tidak silap aku. Banyak gila event sampai terlupa tentang hari guru yang merupakan perkara terpenting.

Tanpa guru aku rasa tiada lah pemimpin, usahawan, engineer, dan pelbagainya la. Tengok berapa pentingnya guru dalam kehidupan kita. Jadi hargailah guru. Aku ni walaupon sudah habis belajar, aku still ingat guru² aku yang pernah mengajar masa sekolah. Kalau aku balik kampung, kadang² terserempak. Memang la mereka tidak ingat kita. Tapi kita jangan la sombong, taknak tegur. Tidak susahkan untuk tegur. Sekurang² mereka akan rasa bangga, ade gak anak murid ingat kat dia.


Disinilah aku belajar erti cinta kehidupan

Aku hendak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru² yang pernah mengajar aku di S.K Simpang Empat Sitiawan dan S.M.K Ahmad Boestamam Sitiawan (SMAB) kerana telah memberi tunjuk ajar sehingga menjadi insan yang berguna seperti skrg. Berguna ker? hak3.. Guru² sekolah rendah mungkin tidak ingat aku tapi sekolah menengah mungkin ingat kot coz aku ni baik dan popular kat sekolah.haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Selamat Hari Guru 2010

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.