Kisah Sahabat Dengan Komputer

Aku mintak tolong dengan shabat² sekalian. Kalau korang kenal aku, please memperkenalkan diri. RAM aku ni dah kong, orang lain dah pakai 3GB aku still pakai 512MB. Nak simpan kat hard disk dah tak muat, ye la umur dah lanjut banyak benda kena simpan.

Korang jangan main sergah macam tu takut otak aku reboot. Korang sebut nama untuk aku buat searching sebab dah lama tak defrag. Kalau yang member² lama tu lagi memakan masa aku nak search coz nama korang aku dah archive kan. Lagipon aku still pakai Pentium 4, bila nak upgrade pon aku tak tau.Ade sesetengah file not found tu mungkin disebabkan kena serang virus pelupa, jadi untuk buat recovery korang boleh tunjuk gambar masa kita pernah jumpa sebab aku nak buat face recognition.

Jangan terasa or makan hati. Aku bukan saje² lupakan korang, cuma aku kurang ingat. Ye la, korang jenis dah lama tak contact tiba² main sergah macam tu. Sudah merata aku menjelajah, pelbagai kawan aku jumpa jadi ramai orang aku kena ingat. Jangan pulak lepas ni korang takut nak tegur aku lak. Maaflah, sesungguhnya aku insan lemah.Jadi ape kena mengena dengan tajuk diatas? Aku pon x tau.haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Kisah Sahabat Dengan Komputer

Leave a Reply