Atas permintaan orang aku buat simple tutorial cara buat brush sendiri walaupon aku tengah pecah kepala buat minit mesyuarat yang tidak siap². Payah betul la buat minit ni,tak tau aku nak tulis ape. Memang patut pon ade hari setiausaha sebab bukan senang kerja diorang.
Eh,ape aku merepek ni. Bila mau start tutorialnya. Ok², sebenarnya aku ni bukan reti sangat guna Photoshop ni, main bedal jer. Salah dan silap harap dimaafkan yer. :) Sebelum mula, pastikan korang ade software Photoshop jangan pakai Paint pulak. Dalam tutorial ini aku menggunakan Adobe Photoshop CS3. Korang boleh gunakan version lain juga, tidak banyak bezanya.

Korang design cantik² signature korang. Jangan ikut aku. Aku punya simple jer coz nak cepat sangat. Lagipon aku bukan reti sangat guna photoshop ni.

Hehe..saje jer suruh design cantik² Meriahkan macam² color. Sekarang pergi Image – Mode – Grayscale.

Dapat la image hitam putih macam ni. Kalau korang main color banyak sangat then grayscale jadi tidak lawa. Korang design balik.

Bila sudah puas hati. Pergi menu Edit – Define Brush Preset.. Keluarlah kotak lagi satu suruh namakan brush korang. Korang namakan la brush korang ikut suka korang.

Mana hendak cari brush sudah siap? Korang pergi menu kat kiri cari icon berus cat.Klik icon tu. Then letak cursor kat image, then right klik. Keluarlah senarai brush yang korang ade. Tengok bawah skali. Nah itu lah brush korang.






salam kenal,alamak apesal saya tekan edit tapi define brush tu tak leh klik.adoi.
.-= Post terakhir blog mrs adam : versi mengamuk:aku benci pompuan gediks! =-.
yeah..yeah..dah boleh..yahoo..tq sebab bagi tutorial ni!
.-= Post terakhir blog mrs adam : versi mengamuk:aku benci pompuan gediks! =-.