Coretan Pagi² Buta

Assalamualaikum dan selamat pagi. Awal gila post pagi ni sebab mahu lepas gian. Malam tadi kalau tidak, mahu keluar satu post tapi entoh kenapa wiggy aku buat hal. Cuba troubleshoot tapi still tidak boleh. Kemungkinan modem aku problem. Jika tiada apa² hal tengah hari ni, aku akan pergi authorize dealer untuk suruh diorang check balik modem aku takut ada masalah apa².

Punya la kebosanan malam tadi, siap tulis sampai dua post dalam notepad. Mahu publish, internet pulak tiada. Dalam bosan² tiba² teringat kat seseorang jadi call la. Lama jugak bergayuh hampir dua jam. Letih jugak tangan ni coz bergayuh lama sangat. Nasib baik dahan tak patah. hak3… Lepas jugak kerinduan yang lama dipendam. Ish, tiba-tiba jiwang pagi ni. Kompem cik Norfa kutuk aku habis-habisan coz aku cakap post hari tu last aku menjiwangkan diri.

Pagi ini ini jalan jem jugak disebabkan lori rosak area jambatan. Ish2..menyusahkan betul. Tapi serius, jalan tu aku rasa macam tak kena. Hampir setiap hari ada sahaja kereta rosak area jambatan tu. Aku tak tipu wei, aku pon kadang-kadang heran. Cuak pon ada, ye la kadang-kadang jam 1 pagi pon aku ikut jalan tu. huhu.. menggerunkan.

Pagi semalam ade satu kejadian pelik berlaku. Ada satu simpang ni, memang selalu jem teruk. Jadi setiap pagi adalah polis traffic yang akan menjalankan tugas menjaga lalu lintas di simpang tersebut. Tapi pagi semalam tiada pula polis traffic di simpang tersebut. Aku menjadi kehairanan sebentar, jadi aku teruskan perjalanan dan jumpa lagi satu simpang. Selama aku tinggal di Klang simpang tersebut tidak pernah polis traffic jaga walaupon lampu isyarat itu rosak sekali pon. Tiba² semalam ada polis traffic jaga. Aku rasa polis traffic ni salah simpang kot. hehe..Malas nak tegur. Malu..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Coretan Pagi² Buta

Leave a Reply