Kutuk Biar Depan-depan

Hari ini aku sampai rumah nak dekat kul 7. Sebab nak elak jem punya pasal, aku ikut highway. Tapi selepas jer tol. Nah amik ko, jem lagi teruk dari ikut jalan belakang. Sangkut dekat sejam. Dah la dalam UiTM pon dah sangkut kat jem kat sini pon sama. Macam biasa, pehibur hati ketika jem adalah radio.

Layan Fly.fm petang ni.Selalu petang2 layan telatah jawa rangers iaitu Ag dan Kiran di Hot fm, tapi dah lama aku x dgr diorang belah petang ni. Fly.fm tadi, Nadia bukak tajuk pasal kantoi bergosip.aku dengar semua cerita pengalaman pendengar yang menelefon memang lawak. Mengingatkan member aku yang kantoi kutuk orang. Aku rasa bukan sekali,byk kali kot.

Dia nak sms kat si B ni kuar makan. Dia tulis lebih kurang macam ni la ayatnya “Jom kuar skrg, tp slow2 takut ada adebayo tau.Dia tu jenis suka menyibuk” then dia send la kat member aku yang di gelar adebayo. haha..Member perasan dia silap anto msg bila si B ni dtg bilik tny bila nk kuar.Tgk send item rupanya salah anto. Nasib adebayo buat2 x terima msg. Tapi aku tau dia terasa.hak3..

Aku pon pernah kat twitter. Kan bila ade owang retweet then bila kita tekan reply bknnya reply kat owg yg retweet tu tapi kat orang yang tweet.hak3..memang aku kutuk giler la coz ayat dia tweet tu memang krg ajar. Pastu di reply aku tweet dgn “huh?” aku dgn ayat cover. sory bro salah reply. Nasib baik dia caya.

Bunyi macam lawak, tapi effect dia mendalam wo. Boleh menusuk kalbu orang yang kena. Ye la, selalunya org kutuk belakang2 ni ayat dia lebih pedas. Jadi pada anda yang ingin bergosip gunalah pepatah “Cakap siang pandang2,cakap malam dengar2”. Tapi jangan diamalkan, x elok mengumpat. Berdosa..tuhan marah..Betul3..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Kutuk Biar Depan-depan

  1. kalau kantoi kutuk orang tu depan2 kadang2 puas gak..boleh lak member sound ‘weh, side mirror please’ (tengok belakang la konon), kite yang kantoi ni goyang gak kat dalam, tapi yang dikutuk dan dengar, kite dah kantoi. Memang tak boleh buat apa da

  2. org zmn skrg ni rmai yg jnis hipokrit..ckp blkg2 tu dh bese r..lantok la korg..ak sng jer..ak x ske ak ckp depan2..psl tu org ckp ak jnis mulut lepas..lantak ler..jnji ak x mengumpat..dosa besor oiii…tkut ak…

    Anak Perak : owh kutuk depan dosa kecik yer. :P

Leave a Reply