Ini sambungan cite SPM ari 2. Nampaknya ramai berminat untuk mengimbau zaman bersekolahan dulu. Jadi aku nak bercerita pasal zaman persekolahan dulu.Start dari tadika.huhu..lama 2.X per,dipendekan. Aku dulu di tadika Islam. Kenapa dipanggil tadika islam coz tadikanya byk mengajar kerohanian lagipun tadikanya terletak dalam masjid di sitiawan.
Sekolah rendah aku bljr kat sek gandhi. Ha? Gandhi? Nama sebenarnya S.R.K Simpang Empat Sitiawan dan sekarang S.K Simpang Empat Sitiawan.Kenapa panggil Ghandi? Sebab ade patung besar Mahatma Gandhi kat dalam dewan.Besar mana? Besar ler gak hampir mencecah siling. Kalau nak peggang kepala dia kena naik atas pentas. Sek 2 mmg old school giler. Owg kata sek 2 wujud sejak zaman jepun. Macam2 cite aku pernah dgr. Hantu jepun berkawad ler, kat bawah dewan ade terowong rahsia ler dan mcm2 lagi. Aku pernah gak berkhemah kat sana. Tapi alhamdulillah spnjg aku sek kat sana x prnh jumpa.
Sek rendah, x der cite best. Dulu duduk kat kelas selang lelaki prmpn, lelaki prmpn.Tp zaman kanak-kanak ler katakan, ade rasa ape. Kalau sekarang ye la, rasa lain mcm keh3. Kelas kami disusun ikut kepandaian dan selalu gak aku bertukar kelas. Bila, masuk kelas krg cerdik aku jd cerdik. Bila msk kls cerdik aku jadi kurg cerdik. Sek rendah aktif dengan pengakap. Selalu gak pergi camping n hampir kesemua perkhemahan aku jadi ketua.Wah! Percaya x? Kalau x percaya tanya member aku masa sek rendah yang join pengakap.
Dengan keputusan UPSR yang kurang memberangsangkan aku dapat Rancangan Khas (RK).Jadi duk ler asrama walaupon, sek aku dari rumah jalan kaki pon leh. Time 2 zaman raging lagi. Jadi aku pernah ler jadi mangsa tiup lampu,helikopter,tiup bola hoki,iron baju,amik makanan,kena sepak terajang dll. Tapi takat form 1 jer. Form 2 dah kira senior jd leh buli owg len lak. Time form 1, bljr cinta monyet.haha..Tapi tahan takat form 3 jer coz aku x brp layan sgt dia. Aku teruskan aktiviti bertukar2 kls smpai sek men. Akibat main cintan cintun n byk tido kat asrama result PMR aku jugak krg memberangsangkan.Aku amik kptsn kuar asrama.
Aku mula dilantik jadi pengawas sekolah start form 2. Ape yang aku suka jadi pengawas? sebab aku bdisiplin? wah,itu mungkin kot.haha..Sebenarnya ade kelebihan. Datang sek boleh lewat, perhimpunan x pyh diri, g blkg pentas psg kipas n duk atas sofa. Kalau bosan, round kelas. Time pj pergi lepak bilik ckp ade meeting.Time sport check, mcm2 benda jumpa.ngeh3..Alhamdulillah hasil x main cintan cintun kpts agak mberangsangkan.Subjek yang paling suka ialah lukisan kejuruteraan tapi now, erm…lari pada aliran..






