Semalam aku menonton berita tergempar Stesen Metro, Moscow di bom di TV3. Terdapat pelajar Malaysia cedera ketika itu. Jadi pihak TV3 menghubungi pelajar Malaysia disana.
Sekali bahasa pasar yang keluar. “Diorg kata keadaan tidak berapa selamat”. “Kitaorang terpaksa melalui laluan tersebut”.”Pelajar Malaysia yang tak le teruk sangat dan tak de yang meninnggal, harap-harap macam tu le”. Nasib baik tidak keluar “Beb,gua rasa x der orang mati kot. Gua usha bangunan tu kecik besar kecik besar der”.
Kalau kita dengar tidak nampak janggal sebab kita sudah terbiasa dengan perkataan-perkataan tersebut. Tetapi jika bahasa tersebut digunakan didalam berita rasmi, memang tidak bersesesuaian. Nampak sangat bahasa melayu makin sakit.
Aku berharap pihak bertangungjawab perlu memikirkan perkara ini. Hendak tukar semua dalam Bahasa Inggeris tetapi bahasa melayu berkarat apa gunanya. Perkasakan bahasa melayu, jangan sampai berita nanti cakap seperti ini “Lu pikir la sendiri”. Sampai Karam Sight Walia tepuk dahi. Buat malu orang melayu sahaja.





wah, teliti nye tengok berita.. tu la, tak di brief dulu kot..
sepatutnya x pyh brief,sendiri mau ingat. mungkin dah tbiasa kot.
tengok nih…selongkar kat tv3.com. tak patut la tv3 buat camni…
hahahhaha!!!caya la anak perak…alert…bagus3… :)
nanti gua tengok. Cnie TV3 kena block der..
eh cam ner leh kenal ni.hik3..
haahahaaha…tu3…ade name anak perak..hahahaha!!
eh mn? huhu..aku blur jap
hahaaha…posted by anak perak..rite???
ha'a ler,x perasan.kantoi.kena register akaun len cam ni
hahahaahha!!tk perlu kot…ngeeee…:P
xbleh blah ayat adnan sempit..huhu
der dah lama aku tak ngk berita..hoho