Nyah Kotak P1 MiFi

Assalamualaikum. Fuh,akhirnya update juga blog ni. Punya lama aku hendak update asyik tertangguh sebab ada kerja yang perlu disiapkan dahulu. Ok, aku dapat P1 MiFi ini minggu lepas. Lama tidak dapat reviews dari P1, akhirnya dapat juga. Kalau dulu, dah macam duta P1 lak. Kalau tidak percaya korang boleh search kotak kat atas tu.

Advertisement

Modem yang aku dapat adalah model MiFi MF230. Ada model lagi satu iaitu MiFi MX230.

Packaging dia memang lawa. Tengok sahaja kotak. Kecil dan comel. Teringat iklan P1 dahulu yang menggunakan kanak-kanak sebagai model. Buka sahaja kotak ada modem MiFi MF230 di dalam span dan berbalut plastik. Sudah macam kotak jam kan..

Ok, jangan menggelabah kalau korang tidak jumpa kabel atau manual. Sebab benda itu semua ada di dalam kotak. Kasi angkat itu span, then nampak kotak putih. Ha, part sini susah sikit. Korang kena korek kotak putih itu. Tidak kisah macam mana sekalipun cara korang hendak guna, hendak korek atau hendak goncang-goncang ker tapi yang pasti kabel dan manual ada dalam itu.

Manual yang disertakan memang mudah untuk difahamkan sebab berserta gambar. Macam buku cerita kanak-kanak, siap berwarna. Saiz P1 MiFi MF230 memang kecil, muat dimasukkan didalam poket dan dibawa mana sahaja anda suka.

Tunggu next entri aku untuk reviews selapas diguna dan kemana aku bawa P1 MiFi MF230 ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply