Tarikh : 18-19 Disember 2010
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
PUTRAJAYA: Lebih 40 syarikat yang menjadi ‘pemain utama’ dalam industri perniagaan di negara ini bakal menyertai Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu dan Ahad ini.
Bukan itu saja, karnival anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya, JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Putrajaya itu membuka ruang dan peluang bagi mencari pekerjaan, memulakan kerjaya selain menyertai bidang keusahawanan. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata karnival itu terbuka kepada semua pengunjung dan turut membuka ruang kepada individu yang berminat membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.
Menurutnya, walaupun golongan sasaran belia, penuntut institusi pengajian tinggi, suri rumah dan ibu tunggal di Putrajaya, tetapi pengunjung luar juga boleh mengambil bahagian. “Program yang bakal dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim itu memberi fokus penyelesaian masalah belia melalui usaha mengadakan peluang kerjaya, penempatan kerja dan penyertaan dalam bidang keusahawanan. “Program ini akan menggunakan konsep pusat sehenti,” katanya.
Petikan myMetro
jauh tu nak pergi.
x per,ko cari la kerja kat tempat ko sendiri
kerjaya dalam bidang keusahawanan je? lain2 xda?
Assalamualaikum..
Nak cari kerja part time. Tapi sekitar rumah ajer. Jauh2 payoh, duit minyak duit tambang empat lima ratus ringgit sebulan macam sekarang nih….buang atas jalanraya rugiiiii…heeee….jgn marer.
Kalu nak balik Sitiawan rumah takder pulak. Balik kg Gajah ajer ler…..
orang sitiawan ker? alo apa salahnya berhijrah utk mcari rezeki. mcm sy, dah tcampak kat s.alam ni :D