Menulis Blog Entri Satu Perkara Sukar

Bagi aku agak sukar bila ingin membuat satu entry kerana blog ini menggunakan teknik menulis secara formal. Jadi aku merangka isi, pendahuluan, dan kesimpulan. Kira macam masa kita belajar membuat karangan dulu.

Kalau blog mencerikan tentang kisah hidup dan menggunakan bahasa pasar sebagai pengantara, bagi mereka agak mudah. Aku juga boleh membuat satu post setiap hari hanya menceritakan apa yang terjadi pada aku.

Advertisement

Bagi tutorial pula, juga agak susah untuk menulis kerana untuk memberi pemahaman kepada pembaca kita perlu memaparkan print skrin untuk memudahkan mereka faham. Jadi tutorial yang bagus, adalah mempunyai print skrin dan step yang mudah untuk diikuti.

Ada juga entry boleh dibuat dengan mudah. Tidak sampai satu minit untuk membuat satu entry iaitu entry ‘copy & paste’. Tapi kalau entry ini jangan marah jika blog anda dikutuk atau dikeji. Itu adalah satu kesalahan meniru entry orang lain.

Jadi kesimpulannya kesusahan untuk membuat entry bergantung pada jenis blog anda. Jika blog anda more to peribadi,ia akan memudahkan anda menulis.

2 thoughts on “Menulis Blog Entri Satu Perkara Sukar

  1. erm…kekadang mmg susah gak sebab tak ada idea nak tulis apa dalam satu hari…

    tapi aku selalu cari bahan kat internet n baca blog orang lain…jadi dari situ idea datang…

    takpe, asalkan tak mudah putus asa

Leave a Reply