Apa Beza Domain dan Hosting

Sebelum aku mula, aku hendak mengucapkan terima kasih keda miss lolly sebab bagi idea untuk aku menulis post ini. Baiklah seperti biasa aku akan terangkan secara simple. Tidak kepada technical. Jika bahasa atau penggunaan terms aku agak berbeza dari maksud sebenar, itu disebabkan aku mahu pembaca faham teori bukan technical.

Domain

Advertisement

Ok start dengan domain. Domain ini adalah nama singkat untuk Domain Name System (DNS). Orang it tidak memanggil domain. Mereka akan menggunakan terms DNS. Domain ini macam kata ganti nama kepada ip address. Setiap website ada unique ip address masing-masing. Bagi memudahkan pengguna internet, DNS dicipta. Anda bayangkan zaman dulu, kalau hendak bukak website anda kena menaip ip address seperti 119.110.111.120 hanya untuk membuka anakperak.com. Anda sanggup untuk mengingat semua no itu sedangkan no telefon sendiri boleh lupa, jadi untuk memudahkan wujudlah DNS.

Domain ini perlu register. Terdapat banyak syarikat menyediakan kemudahan ini dan sentiasa bersaing dari percuma hingga ke RM40 bergantung pada extension dia sama ada .org,.biz,.com,.my dan segala macam dot. Domain ini selalunya kita akan perbaharui langganannya setahun sekali, jika tidak. Orang lain boleh membelinya.

Hosting

Hosting ini lebih kurang di mana blog kita hendak menapak. Macam komputer kita, setiap data seperti gambar, dokumen, program semua disimpan di dalam hardisk. Jika di office, kita boleh share document kita dengan orang. Lebih kurang sama konsepnya hosting ini. Blog kita akan diletakkan dalam satu komputer bernama pelayan atau server dan pelanggan dia atau client terdiri dari satu dunia.

Seperti domain juga, hosting ini di pelopori oleh syarikat yang sama menyediakan domain. Terdapat pelbagai harga ditawarkan bergantung pada bandwidth, storage, dan perkhidmatan lain yang mereka sediakan.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Apa Beza Domain dan Hosting

Leave a Reply