Service SMS 5 Angka

Ha, ini bukan SMS mau jual nombor ekor. Ini aku nak cerita isu SMS 5 angka yang bersepah-sepah kat majalah, tv, surat khabar dll. Mereka menyediakan perkhidmatan download games, lagu dan benda2 yg 1 color pon ade aka lucah.

Dah banyak benda ni sampai x dapat dibendung lagi. Tahukah mengapa servis ini tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Puncanya duit. Pernah anda terbaca orang buat perkhidmatan download video lucah boleh dapat untung hampir 1/2 juta dalam sebulan.Wow..banyak tu. Macam bestkan bunyinya, sebab itu ramai berminat. Bermodalkan berapa ringgit sahaja, untung berjuta-juta.

Advertisement

Yang selalu jadi mangsa dengan benda-benda macam ni adalah kanak-kanak. Kanak-kanak tengah sangap tidak tahu hendak mana hendak mencari benda-benda pemuas nafsu ini, mula ler gatal tangan. Padahal kredit hp mak bapak tanggung. Yang dewasa ni kurang terjebak sebab mereka tahu hendak mencari di mana.hehe..Tapi yang mana pura-pura baik, mereka akan guna perkhidmatan ni. Hendak mintak orang, nanti orang kata dia teruk. Tapi apepun alasan anda benda ini tetap tidak elok. Sebab benda ini ada kes terbaru kanak-kenak 11 tahun merogol sepupu sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tapi ada juga yang perempua terpengaruh. Tidak kepada yang satu color ini. Tapi perkhidmatan mendownload lain. Bila chipmunk menyanyi dalam tv. “Alo..cumelnya dia.” haha..Sampai mak aku juga boleh terpengaruh. Nasib baik aku sempat menasihati. Servis ini banyak menipu bila kita hantar SMS sekali, selepas itu berderu SMS masuk. Kalau bagi free tidak mengapa, ini skali SMS terima telan 2-4 ringgit. Sampai kering kredit kita, bila kita topup mereka bagi lagi. Selepas itu mula kita mengelabah, kredit abis. Itu nasib baik pakai kredit, klu pakai bill? mak ai tidak giler jadinya.

Macam mana nak stop benda ni? Setiap perkhidmatan sms ni ada kod ringkas untuk berhenti melanggan.Anda cuma perlu taip STOP atau STOP ALL dan hantar ke nombor yang anda terima SMS itu. Kalau member anda selalu mengacau, boleh juga guna cara ni.haha.. Kalau tidak boleh cuba hubungi Helpline mereka. Jika kedua-dua tidak berjaya, anda boleh hubungi CyberSecurity.


2 thoughts on “Service SMS 5 Angka

  1. Nampaknya, aku banyak memberi inspirasi kepada ko. Jadi, ringan2 kan la diri untuk belanja makan bila dah cash out. Hahaha!

Leave a Reply