Cara Memilih Perkhidmatan Broadband

Ramai orang tanya broadband apa yang bagus. Persoalan ini agak general sebab company mana hendak beri perkhidmatan tidak elok kepada pelanggan. Aku beri senarai semak untuk anda membuat keputusan untuk membeli perkhidmatan broadband yang mana.

Berapa Lama Anda Duduk Kawasan Tersebut?

Advertisement

Jika anda bukan kategori nomad iaitu tidak berpindah randah, baik anda menggunakan Streamyx. Maksudnya tidak berpindah randah ini adalah anda rasa akan menetap disitu lebih dari setahun. Ini kerana, streamyx akan terikat dengan kontrak selama setahun. Jadi bila anda berpindah kurang setahun, anda tidak boleh batal akaun tersebut jika tidak kena bayar ganti rugi.Jika anda menggunakan wireless broadband seperti digi,celcom,maxis,wimax anda perlu fikir juga, jika anda balik kampung ada coverage atau tidak.

Dimana anda menetap?

Pastikan tempat anda ada coverage yang bagus. Paling kurang ditempat anda ada coverage EDGE. Selalunya di website penyedia perkhidmatan menyediakan page untuk check coverage, tetapi anda jangan terlalu percaya sangat. Sila tanya kepada yang pernah menggunakannya ditempat tersebut. Tetapi selalunya penyedia perkhidmatan memberi jaminan jika perkhidmatan, anda boleh memulangkan semula tanpa melibatkan kos. Try This. Selain coverage, ia bergantung kepada jumlah pengguna. Jika jumlah pengguna dikawasan tersebut ramai, bandwidth akan drop.

Package Apa Anda Patut Melanggan?

Terdapat pelbagai package mengikut speed dan jumlah download. Jika anda rajin mendownload atau menggunakan perkhidmatan stremming seperti youtube, anda boleh ambil package yang paling mahal. Tetapi make sure yang coverage tempat anda boleh mencapai speed tersebut. Jika tidak rugi anda membayar mahal. Jika sekadar check email,cari artical dan blogging cukup sekadar anda menggunakan package paling basic.


Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Cara Memilih Perkhidmatan Broadband

  1. bek tuan..
    ptang ni gak saye bli bodben Maxis..
    rm150 dapat modem
    5bulan ptame bayo rm38
    usage up to 3gb..
    ok x?

Leave a Reply